Sibuk Berpolitik, Kebajikan Rakyat Tak Dipeduli… Cukup-cukuplah Berpolitik – Hishammuddin

  KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak melihat mana-mana pihak mengambil kira keadaan rakyat dan ekonomi negara yang semakin teruk hanya kerana terlalu sibuk berpolitik sepanjang masa. Justeru jelas beliau, sebarang keputusan yang hendak diambil berkaitan pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menawarkan UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) haruslah demi […]

» Read more

Bila Perpaduan Ummah UMNO-PAS Jadi Igauan Ngeri PH… UMNO Dipelawa Sertai PPBM

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Laungan Perpaduan Ummah menjadi igauan ngeri Pakatan Harapan (PH) kerana gelombangnya bertiup di seluruh pelusuk negara dan lebih menakutkan PH apabila UMNO dan PAS menyatakan akan mengeluarkan Piagam Perpaduan Ummah tidak lama lagi mengenai kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam terbesar dalam Malaysia ini. Sehubungan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu […]

» Read more

Gagal Jadi Parti Dominan Orang Melayu… Apa Lagi Langkah Terdesak PPBM?

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Pelbagai cara, kenyataan dan tekanan telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas UMNO, namun majoriti pemimpin dan ahli UMNO masih kekal setia kepada parti walau berstatus pembangkang, ujar Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Katanya, perkara tersebut amat mengecewakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tambahan pula yang melompat […]

» Read more

Layak Mengundi 18 Tahun Dan Automatik Untuk Mudahkan Pelaksanaan Kelak – Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohd Said penuh yakin dan percaya pindaan bagi menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun mestilah disertakan bersama dengan kelayakan secara automatik sebagai pemilih dan calon pilihan raya bagi memudahkan pelaksanaannya kelak. Malah menurut beliau apa yang diutarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada asasnya […]

» Read more

PH Didesak Untuk Segera Reformasikan DUN Johor

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Satu Memorandum telah diserahkan oleh wakil Dewan Muda Johor (DMJ) kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad, semalam untuk menggesa agar DUN Johor direformasikan ekoran dilihat hambar selepas lebih satu tahun Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri Johor. KoordinatorDMJ, Ahmad Solehin Abd Ghani, berharap agar cadangan dan gesaan yang disampaikan […]

» Read more

UMNO Tetap Di Hati Rakyat… Jumlah Cawangan Bertambah, Persidangan Bahagian Lancar

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata UMNO merupakan satu gerakan massa yang mana sentiasa dekat di hati dan mendampingi rakyat. Sebab itulah ujarnya walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu, parti itu tetap bergerak dan hari ini secara umumnya dapat melihat bagaimana ‘trend’ rakyat […]

» Read more

Surat Akuan Sumpah Sokong Anwar Ibrahim Palsu, Fitnah Jahat – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Julai –  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dengan tegas menafikan beliau menandatangani surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Merujuk surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya. “Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan […]

» Read more

Bubarkan PPBM Dan Amanah, Bukannya UMNO Parti Terbesar Melayu – Ahmad Zahid

TAMBUN, 7 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menawarkan UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Katanya, kenyataan yang diberikan untuk memperkukuh dan memperkasakan Melayu kerana kuasa orang Melayu terhakis ekoran berpecah-belah hanya alasan kerana perpecahan yang wujud berpunca dari parti PPBM dan Amanah. “Tun yang seharusnya […]

» Read more

UMNO Ikhlas Dalam Kerjasama, Tak Akan Khianati PAS

TAMBUN, 7 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO ikhlas dalam menjalinkan kerjasama dengan PAS. Jelasnya, jalinan hubungan akrab antara UMNO dan PAS ini amat ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat dan hubungan ikhlas yang terjalin antara dua parti terbesar orang Melayu ini telah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) menjadi risau. “Kalau PAS ikhlas dengan kita maka […]

» Read more

Selesai Perpecahan Dalaman UMNO, Elak Beri Kesan Usaha Penyatuan Ummah

PULAU PINANG 7 Julai – Agenda penyatuan ummah yang digerakkan antara UMNO dan Pas ketika ini tidak akan memberi makna sekiranya masih terdapat perpecahan dalam kalangan ahli UMNO sendiri khususnya di peringkat bahagian dan cawangan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perpecahan itu hanya akan dinilai parti lawan sebagai kegagalan kepada usaha kerjasama lebih besar antara UMNO […]

» Read more
1 … 2,386 2,387 2,388 2,389 2,390 … 2,518