Surat Akuan Sumpah Sokong Anwar Ibrahim Palsu, Fitnah Jahat – Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Julai –  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dengan tegas menafikan beliau menandatangani surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Merujuk surat akuan sumpah menyokong YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang tersebar luas ketika ini dengan tegas saya menafikannya.

“Saya tidak menandatangani surat berkenaan. Ini merupakan fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dan tidak bertanggungjawab bagi merosakkan diri saya selaku Presiden UMNO”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru beliau menyatakan dengan tegas semua keputusan besar dan pendirian UMNO akan dibuat secara berpasukan bukan oleh beliau secara individu. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.