Cara Jahat Kezaliman 1998 Seperti Mahu Diulangi Pada Tahun 2018

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini nampaknya masih berusaha keras supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba mengaitkan pemimpin Islam itu kononnya menggunakan wang 1MDB, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Ujarnya, sekian lama sejak 1998 Dr Mahathir berjaya memberi label […]

» Read more

Ahmad Zahid Tiba Di SPRM

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang. Beliau yang memakai baju batik kemudiannya melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu ketibaanya di pintu masuk sejak awal petang tadi sebelum memasuki pejabat berkenaan. Ahmad Zahid semalam diminta hadir hari ini di […]

» Read more

“Bina Jambatan Kecil Pun Tidak Mampu, Bagaimana Nak Buat Jambatan Bengkok?” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – “Kerajaan Singapura pun tidak setuju dengan pembinaan jambatan bengkok jadi jambatan ni nak ‘landing’ di tanah mana…?” itu persoalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berhubung cadangan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok yang pernah menjadi agenda Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas beliau, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya mengutamakan keperluan […]

» Read more

Tindakan Menteri Melangkaui Kuasa Speaker Ditempelak Ahli Parlimen Kerajaan Sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Dewan Rakyat hari ini meriah apabila Ahli Parlimen kerajaan sendiri mempersoalkan tindakan menteri yang melangkaui bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat. Ini terjadi apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Sungai Petani Datuk Johari Abdul membangkitkan isu bidang kuasa Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mengenakan larangan merokok di Parlimen bermula kelmarin. Johari menegaskan bahawa menteri tiada […]

» Read more

Permainkan Maruah Lawan, Politik Berasaskan Dendam Jadi Mainan Kerajaan PH – Jalaluddin

JELEBU, 18 Okt – Desas-desus yang semakin hangat berlegar yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada esok hanyalah bertujuan untuk memalukan seorang pemimpin yang sentiasa berjuang untuk rakyat, bidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Jalaluddin Alias. Menurutnya, tindakan tersebut merupakan salah satu strategi untuk memaparkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu […]

» Read more

Ahli Parlimen Batu Kawan Didesak Mohon Maaf, Kalau Tidak Tahu Agama Jangan Memandai-mandai

NIBONG TEBAL, 18 Okt – Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Hj Ismail mendesak agar Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani, agar berhenti dan jangan mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Jelas beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Batu Kawan dalam ucapan di sidang Dewan Rakyat semalam amat memalukan maka beliau perlu menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf […]

» Read more

Dakwa Zahid : Langkah Kerajaan PH Untuk Lemahkan UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr. Masliha Harun berkata, sekiranya benar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bakal ditahan SPRM, maka ini adalah langkah kerajaan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menekan dan melemahkan UMNO, selepas mantan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak  juga didakwa dengan pelbagai tuduhan sebelum ini. Jelas […]

» Read more

Ahli UMNO Diminta Bertenang, Ambil Pendekatan Rasional

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO dan semua pihak agar bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan penahanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan spekulasi pendakwaan yang berkaitan. “Saya pasti ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia mengikut rapat perkembangan berkaitan penahanan […]

» Read more

‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’ Diskusi ‘Live’ Dari Parlimen Malam Ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pada malam ini, Diskusi Dari Parlimen akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Kerajaan PH: Ke Mana Hala Tujunya?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abdul Majid pula […]

» Read more

Zahid Terima Kunjungan Duta Besar Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat, Kamala Shirin Lakhdhir. Pertemuan hampir satu jam itu berlangsung di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Pelbagai isu dibincangkan pada pertemuan itu, yang turut dihadiri Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Pemuda, […]

» Read more
1 2,362 2,363 2,364 2,365 2,366 2,434