Jiao Zong, Dong Zong Dan Bangsa Dap.. ‘Enough Is Enough’! Jangan Cabar Tahap Kesabaran Orang Melayu

 

TAHAP mana lagi kita bangsa Melayu dan Islam Malaysia harus bersabar apabila satu demi satu cubaan bangsa Dap untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan orang Melayu Islam di Malaysia.

Tindakan Dong Zong untuk mengadakan perhimpunan bantahan terhadap tulisan khat sebagai tindakan biadap, kurang ajar dan mencabar tahap kesabaran orang Melayu.

Apabila membaca gesaan Jiao Zong, Dong Zong dan beberapa pimpinan (ADUN) Dap yang menentang perlaksanaan Tulisan Khat untuk Tahun 4 menjelaskan kepada rakyat umum bahawa dakwaan Dap sebuah parti rasis dan anti-Islam sesungguhnya benar dan ternyata tepat.

Setiap perkara yang melibatkan orang Islam dan Melayu pasti akan ditentang oleh bangsa Dap ini dengan lantang dan tanpa rasa hormat lagi kepada majoriti Melayu Islam di Malaysia. Mereka seakan menjadi raja dan tuan tanah untuk Malaysia ini apabila tanpa selindung menzahirkan penolakan dan ketidakpuasan hati mereka apabila timbul isu dan cadangan untuk orang Melayu dan Islam.

Apakah hari ini bangsa Dap ini terlalu takutkan apa jua yang berkaitan Islam sehingga gagal membezakan antara agama dan budaya.

Tulisan Khat bukannya berkait agama tetapi satu identiti dan budaya orang Islam khususnya sejak zaman Kesultanan Melaka.

Orang Islam Melayu seawal sejarah Kesultanan Melayu Melaka 1400 malah ada sesetengah sejarah menyatakan lebih awal yaitu tahun 1303 (Batu Bersurat Terengganu) telah menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.

Apakah hari ini bangsa Dap amat takut dengan tulisan Khat sehingga tanpa rasa hormat kepada orang melayu dan islam mereka menolak dan menentang tanpa memikirkan kesannya?

Tulisan Khat hanya tulisan dan bukannya agama. Samaada Bangsa Dap (Jiao Zong, Dong Zong dan Chauvinist Dap) bodoh atau sengaja buat tidak faham.

Di Mesir dan negara-negara Arab yang mempunyai penduduk beragama Kristian mereka menggunakan tulisan jawi dan berbahasa Arab. Ini jelas menunjukkan tulisan dan bangsa tidak melambangkan agama seseorang. Jadi Khat adalah bentuk tulisan dan tiada kaitan dengan agama.

Orang Melayu seawal kemerdekaan berkorban banyak perkara untuk menerima kedatangan bangsa lain sebagai rakan sewarganegara dan membenarkan banyak keistimewaan untuk kaum lain atas dasar semangat kebangsaan.

Kenapa hari ini dalam negara Malaysia yang agama rasminya Islam dan majoriti bangsanya Melayu, bangsa Dap ini lantang dan terlalu berani menyuarakan suara mereka setelah tertubuhnya pemerintahan kerajaan baru Dap-PH.

Apakah bangsa Dap hari ini telah mengistiharkan perang secara terbuka terhadap Melayu Islam Malaysia?

Saya rasa sudah cukup jelas wajah sebenar bangsa Dap ini sejak pemerintahan Dap-PH menjadi kerajaan.

Bangsa Dap ini mempertikaikan banyak perkara yang berkaitan bangsa Melayu, agama Islam dan juga Institusi Raja Melayu.. Bangsa Dap (Jiao Zong, Dong Zong dan Chauvinist Dap) hari ini telah bertindak di luar batasan yang sepatutnya dan bersikap kurang ajar yang ketara.

Kekhuatiran saya ialah takut nanti kesabaran orang Melayu sudah hilang dan satu perkara yang tidak kita ingini boleh berlaku.

Sejarah lepas telah membuktikan bahawa kita aman damai hidup dalam pelbagai fahaman dan amalan agama tetapi sejarah juga telah tertulis apabila bangsa Dap (Komunis ketika itu) cuba mencabar kesabaran orang Melayu pada 13 Mei 1969.

Kita tidak mahu ada sejarah lain selain 13 Mei. Saya berharap bangsa Dap ini sedar akan api yang cuba mereka nyalakan. Takut nanti marak apinya boleh membinasakan sebuah negara yang ditubuhkan dari semangat harmoni.

Jangan sampai orang Melayu pula mempersoalkan hal-hak yang telah diberi kepada kaum Cina seperti mempersoalkan keperluan wujudnya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam aliran Cina, menggunakan tulisan Cina dan sebagainya.

Harus diingat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal dengan sifat sangat penyabar dan tinggi tahap toleransinya tetapi jangan ambil kesempatan dan ambil ringan dari sifat toleransi ini.

SAYA BAGI AMARAN KEPADA Dong Zong, Jiao Zong dan Dap, ‘ENOUGH IS ENOUGH’!!

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Naib Presiden UMNO
Ketua Pembangkang

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.