Ta’awun UMNO-PAS Ikatan Yang Akan Perkukuhkan Kedudukan Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ta’awun UMNO-PAS merupakan satu ikatan yang akan memperkukuhkan kedudukan Melayu/Bumiputera dan Islam di Malaysia, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Ta’awun ini pastinya merupakan kekuatan pembangkang bagi merampas negeri Selangor serta Putrajaya,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli UMNO kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

“Tahniah UMNO Bahagian Ampang kerana menjalankan tanggungjawab kepada parti dengan menyempurnakan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Ampang 2019,” katanya.

Mesyuarat UMNO peringkat bahagian berlangsung sejak 15 Jun lalu hingga pertengahan Ogos ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.