Tidak Penjara Ingkar PKP… Tapi Jangan Berlembut Pada Yang Biadap – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 6 April – Ramai yang mencadangkan pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar tidak dipenjarakan termasuklah Uncle Lim Kit Siang, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohd Aris. Tapi katanya, mereka yang ingkar PKP dan menghina serta memaki pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu denda serta penjara. “Ya, […]

» Read more

Kesihatan Awam, Kesihatan Ekonomi: Bagaimana Negara Perlu Tangani Akibat COVID-19 – Shahrir

KUALA LUMPUR, 6 April – Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad merumuskan terdapat dua kesan besar yang berhubung sangat rapat akibat COVID-19 iaitu kesihatan awam dan ‘kesihatan’ ekonomi yang perlu ditangani dengan sebaiknya oleh negara dan rakyat. Katanya dalam satu hantaran di Facebook, dari segi kesihatan awam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Wajar Pertimbang ‘Total Reset’ Demi Ketahanan Negara – Khaled

KUALA LUMPUR, 6 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menganggap cadangan bahawa Malaysia mesti bersedia melakukan ‘total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya ketika berdepan kesan krisis wabak COVID-19 adalah wajar diberi pertimbangan oleh kerajaan. Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) telah memberikan cadangan dalam keadaan negara berdepan isu COVID-19 hari […]

» Read more

Berita Fitnah: KDN Digesa Ambil Tindakan Terhadap Malaysiakini

DAMANSARA, 5 April – Naib Ketua Pemuda UMNO negeri Selangor Amin Mohd Shukor membidas portal Malaysiakini yang menyiarkan berita palsu (artikel berkaitan telah dipadam) dikala negara sedang tertekan memerangi pandemik COVID-19. Justeru beliau mendesak agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap portal berkenaan mandangkan ini bukan kali pertama portal terbabit menyiarkan berita fitnah. “Dalam keadaan kerajaan dan rakyat […]

» Read more

Patuh Arahan PKP, Langkah Tangani COVID-19 Perlu Dibuat Bersama – Norsabrina

ALOR SETAR, 5 April – Semua pihak diminta untuk memainkan peranan dalam memastikan usaha menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 berjaya dilakukan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor. Katanya, sebagai rakyat bertanggungjawab, sewajarnya amanah bagi membendung COVID-19 bukanlah semata-mata diletakkan dalam amanah pihak berkuasa. “Semua pihak perlu memainkan peranan bersama. Jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada […]

» Read more

Pengecualian Sewaan Premis Milik Kerajaan Persekutuan Mulai Mac Hingga Ogos 2020 – Shamsul Annuar

KUALA LUMPUR, 5 April – Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengecualian sewaan untuk tempoh enam bulan yang diberikan kepada semua penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain adalah mulai Mac hingga Ogos ini. Jelas beliau, Inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri melalui Pakej Rangsangan Ekonomi ini akan meringankan […]

» Read more

Isu Hukuman Penjara Pesalah PKP Akan Dibincang

PUTRAJAYA, 5 April – Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, dalam masa terdekat. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini. “Mesyuarat bersetuju hari ini supaya pihak Peguam Negara, […]

» Read more

Krisis Ekonomi Terburuk Akibat COVID-19: Bersediakah Kita?

ALOR SETAR, 5 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Suraya Yaakob berkata, hakikat bahawa penularan wabak COVID-19 memberikan impak negatif dan menjejaskan ekonomi dunia merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal. Jelas beliau, agensi-agensi dan majoriti pakar ekonomi dunia mentafsirkan krisis ekonomi dunia kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah dunia moden. Tidak terkecuali, Malaysia juga amat terkesan […]

» Read more

Malaysia Mesti Sedia Lakukan ‘Total Reset’ Hadapi COVID-19 – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 5 April – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia mesti bersedia melakukan ‘total reset’ dalam memastikan kelestarian ekonomi dan pembangunannya dalam berdepan kesan krisis wabak COVID-19. Beliau berkata, sebelum ini orientasi ekonomi negara adalah berdasarkan kebolehsaingan dan pendapatan tinggi, tetapi keutamaan masa kini ialah membangunkan ketahanan ekonomi. “Kita mesti kembali membongkar potensi modenisasi ekonomi tradisional […]

» Read more

Bayaran Awal BPN Langkah Terbaik Kerajaan Jaga Kebajikan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan ekomomi sebilangan besar rakyat dan usaha kerajaan untuk mempercepatkan bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah satu langkah terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Jelas beliau, bantuan yang telahpun bermula disalurkan ini akan memberi kelegaan kepada hampir 3.24 juta penerima […]

» Read more
1 1,986 1,987 1,988 1,989 1,990 2,413