UMNO: Usul Dari Mesyuarat Bahagian Dipertimbang J/Kuasa Usul Parti – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Usul menolak kerjasama politik dengan Bersatu adalah antara yang dicadangkan oleh UMNO bahagian bagi dipertimbangkan Jawatankuasa Usul parti untuk dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata terdapat usul lain dikemukakan seperti menolak kerjasama dengan DAP dan PKR, ‘No DAP No Anwar’ serta usul […]

» Read more

Ahmad Maslan Sahkan Dilantik Sebagai Setiausaha Agung BN

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa, berkuat kuasa serta merta. Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO, menjelaskan pelantikannya itu bukan bermakna Annuar dipecat sebaliknya digantikan. “Beliau (Annuar) tidak dipecat, beliau digantikan. Biasanya Setiausaha Agung UMNO ialah Setiausaha Agung BN. Saya kira itu […]

» Read more

Pertemuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Jadi Alternatif Konvensyen UMNO – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pertemuan Presiden dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia dijadikan alternatif kepada Konvensyen parti. Katanya, lazimnya, Konvensyen di peringkat Negeri-negeri dan Kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap usul-usul Bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO. “Memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan, […]

» Read more

Sokong Penuh Keputusan Berprinsip Pengerusi Perhubungan – 12 Ketua Bahagian UMNO Kelantan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Seramai 12 Ketua UMNO Bahagian negeri Kelantan menghormati keputusan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam kenyataan bersama hari ini, kesemua mereka juga berdiri teguh di belakang Ahli Parlimen Machang itu dalam apa jua keputusan dan arahan bagi mempertahankan UMNO. “Keputusan yang […]

» Read more

HSR: Ketelusan & Akauntabiliti Kerajaan… Jelaskan Percanggahan Kenyataan – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Keputusan Kerajaan membatalkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR) memerlukan ketelusan dan penjelasan sewajarnya, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Tegasnya, keutamaan waktu ini ialah ketelusan dan akauntabiliti pihak kerajaan. “Oleh kerana projek ini melibatkan dana awam, termasuk pembayaran pampasan kepada Singapura, Kerajaan Malaysia wajar tampil dan menjelaskan segala […]

» Read more

Ke Arah PRU15, UMNO Perlu Kembali Memimpin Kerajaan Dan Politik Negara

KLUANG, 5 Jan – Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dua tahun lalu menuntut UMNO untuk melakukan transformasi dan pembaharuan. Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, antara perubahan perlu dilakukan ialah dari segi pendekatan, nilai dan sikap kepimpinan demi memulih serta memperkukuhkan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). “UMNO bukan parti yang […]

» Read more

HSR: Khaled Persoalkan Kenapa Projek Impak Tinggi Dipolitikkan, Cuba Diubah-ubah… Akhirnya Dibatalkan

JOHOR BAHRU, 5 Jan – Mengapakah projek ‘game changer’ yang sepatutnya memartabatkan ekonomi negara Malaysia dipolitikkan dan cuba diubah-ubah sehingga akhirnya dibatalkan, soal Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Khaled memberi reaksi demikian mengenai keputusan kerajaan Malaysia membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang menghubungkan dua negara jiran itu. “Adakah projek infrastruktur lain yang mendatangkan […]

» Read more

Perkukuh UMNO Demi Rakyat… Pembangunan Tertangguh 22 Bulan Bakal Kembali – Shahrul Zaman

BAGAN DATUK, 4 Jan – Naib Ketua UMNO Bagan Datuk, Datuk Shahrul Zaman Yahya menyetujui saranan diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengharapkan adanya sinar baharu bakal terpancar semula demi rakyat yang dahagakan pembangunan selepas terhenti 22 bulan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Katanya, sebagaimana di Bagan Datuk yang pembangunannya telah dirancang dan dilaksanakan oleh Ahli […]

» Read more

SOP Dipatuhi, 189 Bahagian Selesai Bersidang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bersyukur kerana mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bagi empat peringkat yang melibatkan Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO telah dilaksanakan dengan baik. Ujarnya, sekitar 756 persidangan diadakan sepanjang tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad lalu dan 189 bahagian selesai menyempurnakannya. “Syukur berjalan dengan baik. Tiada laporan ‘Kluster UMNO’ […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah, Tidak Perlu Bincang Soal Kerjasama Dengan Dap – Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tidak relevan langsung isu kerjasama Dap untuk dibangkit dan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi mahupun Perhimpunan Agong UMNO, tegas ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa Dap adalah parti chauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, […]

» Read more
1 … 1,980 1,981 1,982 1,983 1,984 … 2,528