Pertemuan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Jadi Alternatif Konvensyen UMNO – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa pertemuan Presiden dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia dijadikan alternatif kepada Konvensyen parti.

Katanya, lazimnya, Konvensyen di peringkat Negeri-negeri dan Kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap usul-usul Bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

“Memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan, pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dijadikan alternatif kepada Konvensyen.

“Pertemuan ini adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut.

Maklumnya, sebanyak 189 Bahagian termasuk jumlah yang sama bagi sayap-sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO telah berjaya menyelesaikan Mesyuarat Perwakilan masing-masing sebagaimana tuntutan Perlembagaan (kecuali Tanah Merah yang digantung dan Tuaran bersidang minggu ini). – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/01/KENYATAAN-MEDIA-5-JAN-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.