Sokong Penuh Keputusan Berprinsip Pengerusi Perhubungan – 12 Ketua Bahagian UMNO Kelantan

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Seramai 12 Ketua UMNO Bahagian negeri Kelantan menghormati keputusan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Dalam kenyataan bersama hari ini, kesemua mereka juga berdiri teguh di belakang Ahli Parlimen Machang itu dalam apa jua keputusan dan arahan bagi mempertahankan UMNO.

“Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah satu keputusan yang berprinsip dan tidak mementingkan diri demi mempertahankan maruah parti.

“Pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti.

“Diharap agar pemimpin parti lebih berprinsip dalam memperjuangkan parti dan mempertahankan hak-hak UMNO,” jelas kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, tindakan itu juga sebagai peringatan kepada parti Bersatu supaya jangan memperkecilkan dan membuli UMNO seolah-olah UMNO tiada maruah.

Kenyataan bersama itu disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan merangkap Ketua Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Setiausaha UMNO negeri selaku Ketua Bahagian Rantau Panjang, Akbar Salim, Ketua Bahagian Kuala Krai merangkap Bendahari UMNO negeri, Mohamed Zulkepli Omar dan juga Ketua Bahagian Pasir Puteh yang juga Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman.

Turut serta senada dalam kenyataan tersebut adalah Ketua Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman; Ketua Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah; Ketua Bahagian Pasir Mas, Datuk Ab Ghani Harun; Ketua Bahagian Bachok, Mohd Zain Yasim; Pemangku Ketua Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid; Pemangku Ketua Bahagian Kubang Kerian, Bakri Yusoff dan Timbalan Ketua Bahagian Machang, Wan Mohd Adnan Wan Aziz. – UMNO ONLINE

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/01/STATEMENT-BERSAMA-12-KETUA-KETUA-BAHAGIAN-UMNO-NEGERI-KELANTAN-05-JANUARI-2021-1.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.