UMNO Tidak Pernah, Tidak Perlu Bincang Soal Kerjasama Dengan Dap – Asyraf

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Tidak relevan langsung isu kerjasama Dap untuk dibangkit dan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi mahupun Perhimpunan Agong UMNO, tegas ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa Dap adalah parti chauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu-Bumiputera yang sudahpun termaktub dalam Perlembagaan.

“Hakikatnya UMNO sehingga hari tidak ada rekod bekerjasama dengan Dap bahkan tiada langsung hasrat ke arah itu,” katanya dalam kenyataan berkaitan isi tersebut.

Terdahulu tular poster yang diedit menggunakan logo portal berita Sinar Harian dan MalaysiaGazette kononnya beliau menyokong kerjasama dengan Dap

“191 Bahagian UMNO yang selesai bersidang kelmarin termasuk Pemuda UMNO seluruh Malaysia tidak ada satu pun yang mengusulkan atau membincangkan soal keperluan untuk bekerjasama dengan Dap,” jelasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.