Pemuda UMNO Johor Sambut Baik Inisiatif Terbaru Kerajaan Negeri

KUALA LUMPUR, 20 April – Pemuda UMNO Johor menyambut baik inisiatif terbaru Kerajaan negeri itu yang akan memberikan bantuan tunai antara RM250 dan RM500 kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam berhadapan kesan pandemik COVID-19. Ketuanya Mohd Hairi Mad Shah berkata inisiatif tersebut disifatkan sebagai murni serta terpuji dan ini […]

» Read more

Kesan Pandemik COVID-19 : Anak Muda Turut Dapat Perhatian Dan Bantuan – Fadzli

KUALA LUMPUR, 20 April – Anak muda dan belia di beberapa buah kampung sekitar Raub yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda negara mendapat perhatian Pemuda UMNO bahagian berkenaan. Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata menerusi bantuan tersebut, seramai 250 orang anak muda daripada 40 buah kampung menerima bantuan keperluan asas makanan dan […]

» Read more

Perkasakan Sekuriti Makanan Kesan Daripada Pandemik COVID -19 – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memberikan perhatian serius bagi memperkasakan sekuriti makanan negara kesan daripada pandemik COVID-19. Menurut beliau walaupun kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) telah meningkat kepada tangga ke-28 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-48 pada tahun 2018, namun ketika negara dan […]

» Read more

Kuarantin Wajib Berjaya Kekang Peningkatan Kes Positif COVID-19 – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 April – Langkah kerajaan mengenakan kuarantin wajib kepada rakyat Malaysia yang pulang dan individu yang masuk ke negara ini mulai 3 April lepas berjaya mengekang peningkatan kes pandemik COVID-19 di negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini terbukti apabila laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati terdapat 17 kes positif daripada jumlah mereka yang […]

» Read more

Wakil Rakyat Bertugas Tertakluk SOP PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 19 April – Wakil rakyat tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata wakil rakyat tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai. “Wakil rakyat, tugas mereka adalah menjaga […]

» Read more

Tuduhan Presiden UMNO Campur Tangan Berlebihan Sekadar Provokasi Murahan – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 19 April – Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun menempelak kenyataan Exco Armada yang kononnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap banyak berhubung cadangannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai suara UMNO Sabah. Tegas beliau Exco berkenaan janganlah hanya bersuara pada kes-kes terpilih dan kenyataan Exco Armada ini yang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid […]

» Read more

Tindakan Zahid Saluran Betul, Tidak Timbul Campurtangan Berlebihan – Ir Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 19 April – Permintaan seperti itu adalah perkara biasa melibatkan parti-parti yang bekerjasama untuk terus berhubung dan berkomunikasi agar dapat sama-sama mentadbir negara ini secara adil, saksama dan lurus seperti pedang. Malah ianya dilakukan melalui saluran yang betul dan terhormat agar pemimpin nombor satu negara itu dapat memberikan pertimbangan sewajarnya tanpa paksaan dan tekanan. Perkara itu ditegaskan oleh […]

» Read more

Terus Jaga Disiplin, Kita Mampu Putuskan Rantaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 April – Alhamdulillah…hari ini mencatatkan kes baharu harian yang semakin menurun. Perkembangan sangat sihat, demikian ungkapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam hantaran Facebooknya. Jelas beliau kunci keberhasilan ini adalah ketegasan kerajaan, kecekapan perubatan dan disiplin rakyat.  “Betul, masih ada yang degil namun kita serahkan kepada pihak penguatkuasa menguruskannya. “Jika aliran menurun ini […]

» Read more

COVID-19 : Koordinasi Jemaah Menteri, MKN Dan Usaha Pelbagai Pihak Cukup Baik – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syukur dan melihat koordinasi yang baik antara jemaah menteri serta barisan kabinet dan juga Majlis Keselamatan Negara dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 yang melanda negara. Menerusi Live FB zahidhamidi.fanpage, Hello Bersama Presiden UMNO Malaysia, beliau berkongsi pandangan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkaitan  […]

» Read more

Orang Ramai Perlu Terus Patuh PKP Ke Arah Sifar Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA, 18 April – Orang ramai perlu terus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya bagi mencapai matlamat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun jumlah kes positif yang direkodkan sejak dua hari lalu telah mencatatkan penurunan namun negara masih belum mencapai angka sifar kes positif COVID-19. […]

» Read more
1 1,976 1,977 1,978 1,979 1,980 2,414