Hari Terakhir Sebelum PKP… UMNO Kekal Fokus Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini bertolak ke Pahang untuk membantu meringankan beban mangsa banjir.

Menerusi Twitternya, Ahmad berkata beliau turut bersama dengan kakitangan Ibu Pejabat UMNO dan badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata rombongan tersebut adalah bertujuan untuk melakukan operasi pembersihan rumah buat mangsa banjir yang terjejas.

“Bersama sebahagian daripada Sukarelawan Banjir Ibu Pejabat UMNO Malaysia. Saya bersama mereka dalam misi membantu pembersihan rumah mangsa banjir.

“Satu bas ke Kuala Krau, satu bas ke Maran dan sebahagian singgah di Temerloh. Turut serta satu NGO,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional berkata bantuan ini merupakan misi terakhir sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula pada tengah malam ini.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP bersasar bermula 13 Januari 2021.

Keputusan itu dilakukan untuk mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.