Agenda Penyatuan Ummah Pahang Terus Dipertahan Dan Akan Diperkasa – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 6 April – Agenda penyatuan ummah terus menjadi keutamaan kapada UMNO Pahang dalam usaha memastikan hubungan yang terjalin selama ini terus dipertahankan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut agar ianya berterusan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatan di Facebok memaklumkan satu perjumpaan bersama Veteran UMNO dan As Sabiqun PAS Negeri Pahang di Dewan MB, Japan Teluk Sisek, Kuantan.

Menurut beliau pertemuan berkenaan yang membabitkan veteran UMNO dan PAS Pahang adalah yang pertama kali diadakan dan ianya adalah salah satu usaha memperkemaskan lagi hubungan sedia ada.

“Sebentar tadi saya mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Veteran UMNO dan As Sabiqun PAS Pahang. Pertemuan ini merupakan julung-julung kali diadakan melibatkan orang-orang lama dalam parti.

“Agenda penyatuan ummah tetap saya utamakan kerana perkara ini memberi kebaikan kepada kita.  Pahang sentiasa berada di hadapan dalam penyatuan ummah ini. Ini terbukti dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini apabila kita memperoleh kejayaan yang cemerlang,” katanya.

Kata beliau lagi yang juga Menteri Besar Pahang, penyatuan ini juga terselah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga persidangan Dewan Negeri dimana sokongan daripada Ahli Dewan Negeri Barisan Nasional (BN) dan PAS mencapai 2/3 undi daripada 42 kerusi Dewan Negeri Pahang bagi meluluskan Rang Undang-Undang.

“Saya tetap dengan pendirian serta beristiqamah untuk mempertahankan Muafakat Nasional demi agama, bangsa dan tanahair. Allahu Akbar,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.