Pemilihan UMNO Tahun Ini, Minta Nasihat ROS & MKN Garis Panduan SOP COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini dibuat selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO […]

» Read more

Kerajaan Tidak Boleh Mandulkan Demokrasi, MKT UMNO Syor Parlimen, DUN Bersidang

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada Kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kembali bersidang selaras dengan Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa […]

» Read more

Program Kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat Diteruskan Seperti Biasa Pada Bulan Ramadhan

SEGAMAT, 25 April – Program kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat diteruskan seperti kebiasaan walaupun pada bulan Ramadhan, namun ianya disesuaikan dengan keadaan semasa bagi memastikan segala yang diatur berjalan berjalan lancar. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai program diatur serta dilaksanakan termasuklah juadah berbuka puas selain menu yang tidak pernah lekang daripada bulan Ramadhan, iaitu bubur lambuk. “Alhamdulillah […]

» Read more

Ahmad Zahid Gesa Ayuh Laksanakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

KUALA LUMPUR, 25 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan untuk melaksanakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Beliau berkata demikian ekoran laporan media berhubung kenaikan harga minyak masak bagi botol bersaiz 5 kilogram (kg) sehingga 10 peratus dan kenaikan ini sudah tentu membebankan pengguna ketika sambutan Aidilfitri berbaki sekitar 17 hari lagi. “Ramai pengguna […]

» Read more

Pemuda Arau Sambut Baik Keputusan Parti – Syed Atif

KUALA LUMPUR, 25 April – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau menyambut baik keputusan pucuk pimpinan parti berhubung perlantikan Datuk Seri Azlan Man selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Ketuanya, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata perlantikan ini diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam lapangan politik negeri Perlis khususnya di peringkat Badan Perhubungan UMNO Negeri. “Semoga dengan perlantikan ini  akan dapat […]

» Read more

Akar Umbi Tidak Mahu Kerjasama Dengan PPBM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tiada kerjasama dengan PPBM bukan keputusan peribadi sebaliknya ia diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO. Maka perkara yang telah diputuskan ini tegas Ahmad Zahid lagi bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO. “Tiga hari […]

» Read more

Dana KWAN Bukan Untuk Perbelanjaan Hari Ini – Mustafa Shah

KUALA LUMPUR, 24 April –  Keputusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan program imunisasi kebangsaan adalah amat membimbangkan. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mustafa Shah Abdul Hamid, ini merupakan satu indikator jelas bahawa Kerajaan PN  seolah-olah telah kehabisan modal untuk menjana pendapatan negara bagi tujuan pembiayaan tersebut. “Lebih merisaukan lagi […]

» Read more

Pindaan Akta KWAN Contoh Tiada Semak Dan Imbang Di Parlimen -Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiba-tiba sahaja rakyat diberitahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah meluluskan pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339). Menurut beliau kerajaan PN menggunakan kuasa Ordinan Darurat meminda akta itu bagi membolehkan kerajaan PN menggunakan dananya yang berjumlah RM16 bilion. “Pindaan ke atas […]

» Read more

Pertukaran Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis

KUALA LUMPUR, 24 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pertukaran jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. “Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis YB Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim digantikan kepada YAB Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Negeri Perlis. “Pertukaran ini berkuatkuasa mulai […]

» Read more

Kompaun dan Kompaun… Asas Sebenar Vaksinasi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak minggu lalu sehinggalah kelmarin negara disajikan dengan laporan berhubung pelbagai kes yang melibatkan rakyat marhaen dikompaun antaranya pihak pengurusan Masjid Sri Maulana di Pahang dikompaun RM10,000 kerana dikatakan tidak mematuhi SOP pencegahan COVID-19. Malah kata beliau lagi Isnin lalu enam penuntut Kolej Matrikulasi Perak dikompaun […]

» Read more
1 … 1,900 1,901 1,902 1,903 1,904 … 2,528