Pemilihan UMNO Tahun Ini, Minta Nasihat ROS & MKN Garis Panduan SOP COVID-19

KUALA LUMPUR, 25 April – Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk menghantar surat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meminta nasihat dan garis panduan bagaimana untuk UMNO menjalankan pemilihan parti pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini dibuat selaras peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan SOP COVID-19.

“Ini bagi memastikan proses pemilihan parti yang bakal melibatkan mesyuarat perwakilan UMNO Cawangan-cawangan termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berjumlah 66,287 mesyuarat di semua 191 Bahagian seluruh negara melibatkan ahli seramai hampir 3.3 juta orang dapat diadakan dengan berkesan dan lancar, mengambil kira jumlah jangkitan COVID-19 yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas seleesainya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, yang bersidang hari ini di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.