Akar Umbi Tidak Mahu Kerjasama Dengan PPBM – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan tiada kerjasama dengan PPBM bukan keputusan peribadi sebaliknya ia diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.

Maka perkara yang telah diputuskan ini tegas Ahmad Zahid lagi bukanlah boleh dibawa bincang semula di meja rundingan dengan sebegitu mudah kerana melibatkan suara akar umbi dan perwakilan UMNO.

“Tiga hari lepas Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan parti itu sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan pertelingkahan antara UMNO dan PPBM bagi mendepani PRU-15.

“Pihak mereka beritahu mereka boleh mengatur perjumpaan bagi mencari titik penyelesaian terhadap kemelut yang berlarutan, https://www.astroawani.com/berita-politik/pas-sedia-jadi-orang-tengah-selesai-isu-umnobersatu-dewan-ulama-294443

“Saya berharap pihak yang berkeyakinan tinggi itu faham. Lagipun mereka juga perlu faham bahawa kerjasama Muafakat Nasional sudah dibentuk ketika orang Melayu dan Islam diinjak-injak semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, gabungan tersebut pada masa itu adalah tulen, jujur dan penuh semangat.

“Dan kerjasama berkenaan melibatk antara 3 juta ahli bersama sejuta ahli. Bukannya kerjasama antara sejuta ahli dengan 500 orang,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.