Program Kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat Diteruskan Seperti Biasa Pada Bulan Ramadhan

SEGAMAT, 25 April – Program kemasyarakatan Wanita UMNO Segamat diteruskan seperti kebiasaan walaupun pada bulan Ramadhan, namun ianya disesuaikan dengan keadaan semasa bagi memastikan segala yang diatur berjalan berjalan lancar.

Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai program diatur serta dilaksanakan termasuklah juadah berbuka puas selain menu yang tidak pernah lekang daripada bulan Ramadhan, iaitu bubur lambuk.

“Alhamdulillah dengan semangat kerjasama yang erat antara semua sahabat. Program diteruskan dengan menyediakan hidangan nasi tomato bersama kuih- muih untuk edaran kepada semua Ketua Wanita UMNO Cawangan petang nanti.

“Semoga dengan sedikit bekalan makanan ini dapatlah menjadi tambahan menu ketika berbuka puasa. Terima kasih semua sahabat Wanita yang menjayakan program hari ini.

“Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Semoga segala usaha kita di berkati di bulan yang mulia. Semoga kita semua terus diizinkan melaksanakan ibadah di bulan penuh rahmat ini,” ujarnya menerusi catatan di facebook.

Tambah Norshida lagi khidmat bersama masyarakat setempat adalah rutin biasa yang dilaksanakan pada saban minggu.

“Dengan cara ini kita akan dapat mengenali serta mengenalpasti permasalahan penduduk setempat apatah lagi pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norshida turut berkongsi rezeki apabila memborong semua kuih muih yang dijual di empat buah kedai di Jementah dan memberikan percuma kepada pengunjung.

Antara yang terlibat UMNO Cawangan Temenggong, Ziarah di Kg Sepinang dan Gelang Chinci. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.