Hari Penentuan, Jentera BN Berganding Bahu Pastikan Kemenangan

KOTA KINABALU, 26 Sept – Seawal 7.30 pagi tadi sebanyak 2,540 saluran dibuka di 741 pusat mengundi manakala seramai 17,257 petugas pilihan raya akan memastikan pengundian berjalan lancar. Proses pengundian melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 ini. Berdasarkan tinjauan UMNO Online di Sekolah Kebangsaan Stella Maris, Putatan, […]

» Read more

Bung Moktar Hargai Petugas Hari Mengundi PRN Sabah

KINABATANGAN, 26 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menghargai semua petugas dalam memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini berjalan lancar. Beliau berkata mereka termasuklah petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anggota pasukan keselamatan dan kesihatan yang bertungkus lumus memastikan prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi oleh semua pihak dalam mengekang […]

» Read more

Penentuan Kerajaan Baharu Sabah Hari Ini

KOTA KINABALU, 26 Sept – Rakyat Sabah hari ini bakal menentukan siapakah yang akan menerajui negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 setelah tempoh berkempen berakhir semalam. Lebih sejuta rakyat Sabah bakal membuat pilihan masing-masing dalam suasana pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Seramai 447 calon daripada 15 parti politik termasuk 56 calon […]

» Read more

PRN Sabah : 2,540 Saluran Mengundi Dibuka Mulai 7.30 Pagi

KOTA KINABALU, 26 Sept – Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7.30 pagi ini bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.  Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, akan dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat pada 5 petang. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca pada […]

» Read more

‘Ubah Balik’, Ini Adalah Peluang Yang Cukup Istimewa – Ahmad Zahid

https://www.youtube.com/watch?v=cz8zFbZMdNo   KUALA LUMPUR, 25 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan agar pengundi-pengundi Sabah ‘ubah balik’ dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Jelas beliau, peluang ini adalah peluang yang cukup terbaik kerana selama ini rakyat Sabah terlalu sengsara di bawah pemerintahan Warisan. “Ini adalah peluang terbaik untuk kita ubah balik. […]

» Read more

Undilah BN: Warisan Hanya Tahu Hantar Janji, Tapi Bantuan Tak Pernah Sampai

TAWAU, 25 Sept. – Lebih dua tahun berlalu sejak kerajaan baharu Parti Warisan mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sabah namun malangnya, tidak ada kemajuan malah keperitan yang dirasakan. Lantaran itu, rakyat diseru untuk ‘ubah balik’ kerajaan yang ada sebelum ini dengan mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) agar dapat kembali memberikan khidmat kepada rakyat. Hal tersebut turut diakui oleh para […]

» Read more

Musa Aman Seru Semua Pengundi Patuhi SOP, Pastikan Kejayaan BN

SANDAKAN, 25 Sept – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman menasihatkan agar rakyat di negeri ini yang keluar mengundi pada Esok, 26 Sept untuk mengutamakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19. Beliau yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut berpesan agar rakyat sentiasa […]

» Read more

Sentimen Anti-Federalisme Tidak Baik, Terjejas Generasi Akan Datang Jika Tidak ‘Ubah Balik’ – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 25 Sept – “Rakyat Sabah, kita pastikan Barisan Nasional (BN) menang pada hari Sabtu ini. Bukan untuk kita tetapi untuk generasi akan datang yang masa depan mereka akan terjejas kita jika tidak ‘Ubah Balik’,” menurut Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris. Jelas beliau, Sabah bukan mereka (Warisan) punya, Sabah adalah milik rakyat Malaysia. “Sentimen anti […]

» Read more

Fokus Pada PRN Sabah Dahulu – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata fokus pada kemenangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah sangat penting. Jelas beliau, pada minggu hadapan mesyuarat induk Muafakat Nasional akan diadakan maka sama-samalah bagi kedua-dua parti UMNO dan PAS memberikan penjelasan dengan semangat ukhuwah. “Fokus PRN Sabah dahulu, minggu hadapan dalam Mesyuarat Induk Muafakat […]

» Read more

PRN Sabah: Jangan Percaya Permainan Anwar Dan Shafie – Calon BN Gum Gum

LIBARAN, 25 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Suhaimi Nasir berkata, pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya 19 orang ahli Parlimen UMNO menyokongnya hanyalah satu taktik permainan politik bagi mempengaruhi pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ujar Ketua UMNO Bahagian Libaran itu, apatahlagi menjelang esok iaitu hari pengundian, momentum Warisan […]

» Read more
1 1,860 1,861 1,862 1,863 1,864 2,418