Terima Kasih Sultan Johor Cakna, Prihatin Situasi Dihadapi Rakyat Dan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos 2021.

Maklumnya, Tuanku Sultan Ibrahim turut menzahirkan kebimbangan jangkitan di tempat kerja, kawasan perindustrian serta pembinaan menjadi penyumbang utama kepada bilangan kes COVID-19.

“Terima kasih Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang cakna dan prihatin terhadap situasi dihadapi rakyat dan negara,” kata Ahmad Zahid dalam hantaran di facebooknya berkaitan hal terbabit.

Baginda Tuanku Sultan Ibrahim bertitah Kerajaan Persekutuan supaya mempertingkat bekalan serta kadar vaksinasi termasuk di Johor.

Titah baginda Tuanku Sultan Johor seperti dilaporkan:

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini.

“Saya kecewa sehingga hari ini masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan.”

Terdahulu Baginda bertitah berkenan berangkat merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ke-4 DUN Johor itu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.