Mana-mana Pemimpin Berhak Berbicara Tentang Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Jun -Bukan hanya parti pembangkang yang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana katanya, parti politik mana sekalipun boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

“Pemimpin politik mana sekalipun boleh bercakap tentang hak dan kepentingan rakyat.

“Perkara berkait hak dan kepentingan rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik, maka tidak benar bercakap tentang kepentingan rakyat bercakap seperti pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Persoalannya, adakah hanya pembangkang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat?

“Bercakap tentang kepentingan rakyat di media sosial juga bukan kesalahan. Sebaliknya supaya rakyat tahu parti ambil peduli dan perjuangkan kepentingan mereka.

“Media sosial platform tidak rasmi menyampaikan mesej kepentingan rakyat. Insya-Allah saya akan terus bercakap tentang kepentingan rakyat di semua platform medsos,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.