Kerajaan Perlu Laksanakan Tuntutan Rakyat, Perniagaan Terpaksa Ditutup – Dr Najmil Faiz

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Bagaikan dilanda Garuda, itulah perumpamaan bagi menggambarkan peniaga-peniaga di kedai-kedai makan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris ramai peniaga terpaksa menutup perniagaan kerana ketiadaan pelanggan serta tidak mampu lagi mengeluarkan modal untuk berniaga.

“Keluar modal tapi tiada pelanggan datang. Bagaimanakah keadaan mereka mahu menampung keperluan hidup serta hutang-hutang?

“Jika kerajaan tidak memberikan bantuan, lebih ramai golongan M40 akan menjadi B40. Golongan miskin pula akan tergolong kepada kumpulan miskin tegar,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Persoalannya, sampai bilakah mahu melihat rakyat sengsara?

“Segera laksanakan #TuntutanRakyat iaitu moratorium tanpa caj, pengeluaran I-Sinar 2.0, pengeluaran I-Lestari 2.0 dan diskaun bil utility.

“Sama-sama kita doakan agar mereka tabah,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.