Isu LKM: PDRM Dan JPJ Perlu Diselaraskan Arahan, Agar Tiada Kekeliruan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi berharap agar kerajaan menasihatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya sebelum melakukan sesuatu pengumuman hendaklah berbincang terlebih dahulu sesama sendiri. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, adalah lebih baik diselarikan arahan supaya tidak mengelirukan orang awam dalam penguatkuasaan kerana dalam […]

» Read more

Pemilihan UMNO Sebelum PRU15 Boleh Cetus Keretakan, Pecah-Belah Parti – Najib

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh membawa keretakan dan memecah-belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah ‘dicuri’ oleh parti lain, kata Ketua Bahagian UMNO Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas presiden parti itu berkata banyak pihak sedang menunggu untuk melemahkan UMNO dengan cara sedemikian. “… dia (parti lain) akan tunggu pemilihan […]

» Read more

PKPB Di Lima Negeri Dan Wilayah Persekutuan K.Lumpur Kekal, Rentas Negeri Masih Dilarang

KUALA LUMPUR, 30 Mac  – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula  30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi  bermula Khamis […]

» Read more

Ahli Majlis PBT Perlu Ada Asas Perundangan – Hasni

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Ahli Majlis yang dilantik di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor perlu mempunyai asas perundangan yang jelas dalam memastikan setiap perancangan dan dasar PBT berada pada landasan yang betul. Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata justeru itu ahli majlis perlu menyiapkan diri dengan pengetahuan dan kefahaman berkaitan tugasan daripada aspek perundangan supaya […]

» Read more

Sidang Alternatif Sekali Lagi Disuarakan Imran, Pastikan Inisiatif Sampai Sasaran

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah melaksanakan Sesi Libat Urus antara Adun Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Serentak itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa agar Dewan Negeri Selangor (DUN) juga segera adakan sesi seumpamanya. “Langkah berkenaan supaya kita dapat sama-sama memastikan rancangan kerajaan bukan syok sendiri […]

» Read more

Afif, Siapa Sebenarnya Yang Dangkal Dan Tidak Bertanggungjawab?

Kenyataan YB Afif Bahardin bahawa ucapan Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Perhimpunan Agung UMNO semalam bersifat dangkal dan tidak bertanggungjawab mencerminkan betapa terpisahnya daripada realiti di antara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan kedudukan sebenar daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Seperti boss beliau, tampaknya Afif lebih suka menggunakan statistik secara selective untuk mengelirukan orang ramai. Seperti dilaporkan UNCTAD, […]

» Read more

UMNO Terbuka Kerjasama Dengan Mana-Mana Parti Selepas PRU15 – Tajuddin

KUALA LANGAT, 29 Mac – UMNO terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan lain bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. Beliau berkata buat masa ini parti itu muktamad tidak akan berunding untuk bekerjasama dengan PKR, DAP, dan Bersatu untuk mendepani PRU-15. “…selepas PRU-15 kita tengok bagaimana […]

» Read more

Pasca PAU 2020 : Wanita UMNO Sedia Gerak Langkah Depani Cabaran – Norshida

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang telah melabuhkan tirainya semalam  menzahirkan satu dasar besar setelah diputuskan menerusi sebulat suara berkaitan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata keputusan lain juga dicapai khususnya ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini. “Setiap mandat dan keputusan […]

» Read more

Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 Garis Lima Teras Strategik

IPOH, 29 Mac – Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan hari ini menggariskan lima teras strategik bagi menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata lima teras itu ialah keseimbangan pembangunan fizikal dan sosioekonomi, kerjasama pintar, kelestarian penggunaan sumber dan alam semula jadi, sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan ambil peduli, serta kepakaran berkualiti dan […]

» Read more

Wanita UMNO Akur Keputusan MKT –Noraini

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menegaskan bahawa  Wanita UMNO Malaysia akur dengan segala keputusan  yang  dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT). Menurutnya, Wanita UMNO akan terus memberikan kepercayaan kepada institusi Presiden agar UMNO menjadi dominan pilihan rakyat. “Sebagai ahli parti, kami tetap akur dengan keputusan […]

» Read more
1 1,741 1,742 1,743 1,744 1,745 2,424