Khalid Samad Cermin Diri, PAN Gagal… Hanya Bergantung Kepada Tun M dan Dap – Puad

KUALA LUMPUR, 1 April – Parti Amanah (PAN) tidak mempunyai kekuatan sendiri sebaliknya hanya bergantung nasib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dap dalam meneruskan kelangsungan hidup parti itu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Mohd Puad berkata demikian sebagai respon balas kepada Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Samad yang mendakwa UMNO sebagai sebuah […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO Tidak Putuskan Pemimpin Dalam Kerajaan Letak Jawatan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 1 April – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tidak membuat ketetapan agar semua pemimpin parti yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri dan menteri besar melepaskan jawatan mereka. Sebaliknya kata beliau perhimpunan itu hanya menyokong usul Majlis Tertinggi (MT) parti untuk kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan. […]

» Read more

Segerakan Pelan Strategik Tarik Pelabur, Jangan Biar Terus Beralih Ke Negara Jiran – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan harus segera menyediakan pelan strategik untuk menarik pelaburan selain memastikan tiada lagi pelabur-pelabur besar multinasional yang keluar mahupun berhijrah ke negara jiran. Katanya, ini penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terencat sehingga mengurangkan penciptaan peluang-peluang pekerjaan baharu untuk rakyat. “Salah satu perkara yang […]

» Read more

Demokrasi Tergendala… Hendak Belanja Apa Tanpa Kelulusan Parlimen? – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 1 April – Pindaan Ordinan Darurat semalam memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri yang mengingatkan kita bahawa demokrasi di Malaysia sedang tergendala. Demikian kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkaitan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (Pindaan) 2021 itu yang diwartakan susulan Proklamasi Darurat dengan Perdana Menteri (PM), […]

» Read more

Usah Terburu-Buru, Ambil Iktibar Peristiwa Lalu – Fairuz

KUALA LUMPUR, 1 April – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaluddin secara peribadi berpandangan usah terburu-buru mengeruhkan lagi keadaan untuk mengadakan pemilihan parti dalam tempoh getir ini lebih-lebih lagi Pilihan Raya Umum (PRU-15) sudah pun berada di persimpangan. Soal beliau apakah masing-masing tidak belajar daripada pengalaman lalu dan adakah masing-masing mahu perkara seumpama ini kembali berulang dan akhirnya, pasti akan […]

» Read more

Parlimen Hanya 220 Anggota Tak Bersidang… Macam Mana Pemilihan UMNO 21,000 Cawangan Nak Dilaksana?

KUALA LUMPUR, 1 April – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan bahawa demokrasi mesti dihayati untuk di peringkat atas sebelum minta rakyat bawahan melaksanakannya. Beliau berkata demikian berikutan terdapat gesaan segelintir pihak untuk pemilihan UMNO dilaksanakan sedangkan, katanya Parlimen yang hanya 220 anggota tak boleh bersidang kerana data dan sains kata ramai ahli Parlimen yang tua-tua. “Dalam UMNO, terutama di […]

» Read more

Ahli Politik Jiwa Kental, Tak Mudah Koyak – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui media mempunyai strategi yang tersendiri untuk melariskan laporan berita. Katanya, sebagai pemimpin politik beliau memahami keadaan tersebut malah percaya tajuk-tajuk yang diberikan haruslah bersifat lebih dramatik untuk menarik perhatian rakyat. “Jika mahu menjadi ahli politik atau pemimpin, jiwa mesti kental. Kalau mudah koyak lebih baik jadi […]

» Read more

Menteri UMNO Kekal Untuk Pastikan Usaha Tangani COVID-19, Pulihkan Ekonomi Dilaksana Dengan Baik

PUTRAJAYA, 31 Mac – Menteri-menteri daripada UMNO kekal dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan pengurusan menangani COVID-19 serta usaha memulihkan ekonomi dilaksanakan dengan baik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Ahli Parlimen Tenggara itu berkata menteri-menteri daripada UMNO bertekad untuk bersama-sama kerajaan sekarang bagi memastikan semua usaha yang telah digariskan dapat dilaksanakan dengan jayanya. “Kita (UMNO) […]

» Read more

Hormati Keputusan PAU 2020, Pertikaian Tak Membawa Faedah – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memohon ahli parti untuk menghormati keputusan yang dilakukan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung baru-baru ini. Katanya, sebarang pertikaian tidak seharusnya terjadi kerana ianya tidak memberikan faedah kepada masa hadapan parti. “Janganlah kita teruskan mempertikaikan satu sama lain membuat lagi keretakan kerana jika ini berterusan […]

» Read more

Letak Jawatan: UMNO Fikir Semua Sudut Sebelum Tetap Tarikh – Shahril

KUALA LUMPUR, 31 Mac – UMNO perlu memikirkan kepentingan rakyat sebelum menetapkan tarikh bagi wakil parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangannya Shahril Sufian Hamdan. “Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik?. Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk UMNO tapi ada kesannya kepada rakyat. Jadi UMNO kena juga memikirkan perkara […]

» Read more
1 1,740 1,741 1,742 1,743 1,744 2,424