Sidang Alternatif Sekali Lagi Disuarakan Imran, Pastikan Inisiatif Sampai Sasaran

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah melaksanakan Sesi Libat Urus antara Adun Kerajaan dan Bukan Kerajaan.

Serentak itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa agar Dewan Negeri Selangor (DUN) juga segera adakan sesi seumpamanya.

“Langkah berkenaan supaya kita dapat sama-sama memastikan rancangan kerajaan bukan syok sendiri dan apa juga inisiatif mencapai matlamat serta sampai tepat kepada Rakyat mahupun kumpulan sasar.

‘Harap tiada kawan-kawan yang boikot atau enggan hadir nanti,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Imran seterusnya menambah perkara berkenaan telah disuarakan ketika berucap mewakili Pemuda UMNO Selangor ketika Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2020 Sabtu lalu.

“Saya telah suarakan pada Sabtu lepas ketika ucapan dalam sesi perbahasan di Persidangan Agung Pemuda UMNO Tahun 2020 berkenaan saranan sidang alternatif bagi memastikan proses demokrasi serta semak dan imbang berjalan walau apa juga kekangan, mahupun halangan,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.