Ubahsuai Ekzos: Memadai Disaman Tanpa Disita Kenderaan… Bengkel Juga Perlu Dikenakan Tindakan

KUALA LUMPUR, 7 April – Media melaporkan polis mengeluarkan 71,127 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos kenderaan yang bermula 1 hingga 31 Mac lalu. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, beliau difahamkan 4,926 saman telah dikeluarkan ke atas pemilik motosikal kerana mengubahsuai ekzos, 1,627 saman kepada pemilik kereta dan 401 saman terhadap lain-lain kenderaan. […]

» Read more

Takkan Tunduk Kepada Penyalahguna Kuasa, Najib Percaya Notis Muflis Berkait Beberapa Isu

SAYA menyangka bahawa hari semalam akan berlangsung seperti rutin harian setiap kali saya menghadiri perbicaraan di mahkamah sejak 3 tahun yang lalu. Namun sangkaan saya berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka. Sejak hari pertama saya dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan, sehingga hari saya dijatuhkan hukuman, dan seterusnya sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai. […]

» Read more

Penjualan Sarung Tangan Getah Diharamkan? Kerajaan Perlu Lihat Secara Serius

KUALA LUMPUR, 6 April – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berpandangan kerajaan perlu memberi tumpuan serius berhubung dakwaan yang berkaitan pengeluaran sarung tangan terbesar di dunia, Top Glove. Menurut beliau Top Glove, pengeluar terbesar di dunia telah diharamkan penjualan produk mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak Julai tahun lepas dan dikhabarkan terkini kesemua barangan sarung tangan getah Malaysia […]

» Read more

Ketika Industri Semikonduktor Untung Mencanak, PN Jual Silterra… Tak Masuk Akal – Najib

KUALA LUMPUR, 6 April – Penjualan syarikat semikonduktor, Silterra Malaysia Sdn Bhd oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah tindakan yang tidak masuk akal, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, penjualan tersebut sengat merugikan negara kerana ketika ini industri tersebut mencatatkan keuntungan memberangsangkan ekoran pandemik COVID-19 yang mendorong pendekatan kerja dari rumah dan […]

» Read more

Agenda Penyatuan Ummah Pahang Terus Dipertahan Dan Akan Diperkasa – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 6 April – Agenda penyatuan ummah terus menjadi keutamaan kapada UMNO Pahang dalam usaha memastikan hubungan yang terjalin selama ini terus dipertahankan. Bagi merealisasikan hasrat tersebut agar ianya berterusan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatan di Facebok memaklumkan satu perjumpaan bersama Veteran UMNO dan As Sabiqun PAS Negeri Pahang di Dewan […]

» Read more

Penunggang Basikal, Jaga Diri Dan Sayangilah Nyawa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 April – Prihatin dengan keselamatan penunggang basikal, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati agar mereka berhati-hati melakukan aktiviti berkenaan. Katanya, adalah lebih baik jika mereka melakukan aktiviti riadah ini di kawasan yang tidak berisiko dan terdedah kepada bahaya. “Jika mahu berbasikal di jalan raya, pastikan memilih masa bersesuaian dan elakkan berada pada waktu puncak […]

» Read more

Undi 18 Dan Daftar Pemilih Automatik Wajar Disegerakan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 6 April – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengulangi gesaan ramai pihak agar Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik wajar disegerakan. Ciapnya di Twitter, angka yang ditunjukkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.4 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pengundi. “Maka daftarkan mereka secara automatik secepat mungkin, bulan Julai […]

» Read more

Pemuda UMNO Pahang Bersedia Hadapi PRU Dalam Apa Jua Keadaan – Farid

KUALA LUMPUR, 6 April – Pemuda UMNO Negeri Pahang bersiap sedia sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada bila-bila masa dan apa yang penting hari ini parti terus-menerus berkhidmat kepada rakyat dalam apa jua keadaan dan situasi. Ketuanya Mohd Farid Mohd Nor berkata semua persediaan yang merangkumi pelbagai aspek dan perancangan dilaksanakan bagi membantu parti dalam menghadapi PRU yang […]

» Read more

Bersedia Hadapi PRU15, Bangkit 15 Berobjektifkan Kemenangan – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 6 April – Bangkit 15 merupakan sebuah latihan dan persediaan dalam membentuk satu perisai utuh buat UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan berobjektifkan kemenangan sebagai sasaran utama. Menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin pentingnya Bangkit 15 ini adalah untuk memastikan jentera UMNO berada dalam keadaan siap siaga ekoran situasi politik negara yang tidak menentu […]

» Read more

Pelan Pemulihan Ekonomi Perlu Dirangka, Jadikan Sebagai ‘Patriotisme Economic’ – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan dalam situasi pandemik COVID-19 yang belum berakhir, alangkah elok jika Pelan Pemulihan Ekonomi (PPE) dapat dirangka dan diserap sebagai ‘patriotisme economic’ bagi memulihkan negara bangsa. Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, beliau melihat pada saat ini orang ramai dan pakar boleh menyumbangkan idea tentang apa yang […]

» Read more
1 1,736 1,737 1,738 1,739 1,740 2,424