Jubli Intan: Sayangi UMNO… Parti Yang Menjadi Penggerak Membela Nasib Rakyat – Najib Razak

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berpandangan UMNO merupakan parti yang menjadi platform terbaik iaitu sebagai penggerak kepada perjuangan dan perpaduan dalam kalangan orang Melayu. Jelas beliau lagi, perjuangan ini sudah tentunya untuk membela nasib rakyat agar dapat memberikan masa hadapan yang lebih baik terutama kepada generasi yang akan […]

» Read more

75 Tahun Cukup Bermakna, UMNO Lalui Fasa Cabaran Demi Matlamat Masa Hadapan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 10 Mei – 75 tahun adalah satu titik garis masa yang cukup bermakna bagi generasi terdahulu, kini dan juga generasi yang akan datang, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Jelas beliau, dalam masa 75 tahun iaitu selepas penubuhan UMNO maka negara ini mendapat pelbagai manfaat hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu. “Saya yakin generasi yang akan datang selepas […]

» Read more

UMNO 75 Tahun: Perkukuh Solidariti, Kuatkan Ukhwah Anggota Parti

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru agar akar umbi UMNO dapat terus memperkukuhkan soladariti sesama ahli. Ulasnya, dalam usia UMNO ke-75 tahun ini, ahli UMNO haruslah bijak dan matang dalam menepis segala tohmahan terutamanya sekali dalam media sosial. “Saya berharap sempena 75 tahun ulang tahun UMNO semua ahli dapat bersama-sama menguatkan ukhwah, lebih […]

» Read more

UMNO Lahir Dari Rahim Suci Qudus, Pertahankan Idealisme Perjuangan Bangsa – Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO lahir daripada rahim yang suci serta qudus dan bukannya lahir di tepi jalan atau sebaliknya. Malah tegas beliau UMNO bukan lahir atas dasar pengkhianatan tetapi ia lahir atas sebuah perjuangan untuk membela agama, menjaga maruah bangsa dan juga negara yang berbilang agama dan kaum. […]

» Read more

Ahli Parti Asas Pengukuhan UMNO, Terus Pertahan Agenda Perjuangan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 10 Mei – UMNO kekal relevan dan bertahan sehingga ke hari ini adalah kerana semangat dan kerja kuat ahli partinya untuk memastikan agenda perjuangan parti terus dipertahan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Jelasnya, dengan semangat juang ini UMNO telah berjalan begitu jauh dan melalui pelbagai cabaran jatuh dan bangun namun parti keramat ini masih […]

» Read more

Aplikasi Ulang Tahun UMNO Ke-75 Demi Kebangkitan Baharu Bangsa

TANGGAL 11 Mei adalah hari kelahiran parti politik orang Melayu yang terulung di negara ini iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau dalam bahasa Inggeris United Malays National Organization (UMNO). Parti politik yang lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu itu kini telah berusia 75 tahun. Saya adalah veteran UMNO yang menyertai UMNO pada tahun 1947, iaitu […]

» Read more

Tingkah Laku Pengetua Memalukan, Tidak Profesional… KPM Perlu Ambil Tindakan Segera – Norliza

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Wanita UMNO Pulau Pinang membidas sekeras-kerasnya tindakan dan tingkah laku seorang pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam yang memperlekehkan pelajar, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendedahkan gurauan seks dalam pembelajaran dan diugut dengan ancaman dirogol. Jelas Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim, tingkah laku dan tindakan pengetua sekolah berkenaan dalam komen hantaran yang dimuatnaik Facebook […]

» Read more

9 Mei 2018 Bawa Muhasabah Kepada UMNO, Ujian Menempuhi Perjuangan Membela Nasib Rakyat – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tiga tahun berlalu, sejak 9 Mei 2018 memberikan tamparan yang hebat buat parti keramat UMNO menempuhi ujian dalam perjuangan membela nasib agama, bangsa dan negara, kata Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias. Jelasnya, berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu membuka pintu baharu untuk UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) untuk menilai kembali ujian […]

» Read more

COVID-19 Suatu Ujian… Kayu Ukur Ketaatan Mengesakan Allah – Azhari

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ujian yang menimpa ketika ini merupakan kayu ukur kepada ketaatan dalam mengesakan Allah, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Jelasnya, ujian ini termasuklah apabila penularan wabak COVID-19 belum menunjukkan tanda-tanda berakhir malahan mencatatkan angka yang semakin membimbangkan. “Setelah berpuluh tahun, beribu hari, beratus ribu jam, berjuta minit dan berbilion saat diberi nikmat […]

» Read more

Malaysia Berada Di Fasa Kritikal COVID-19, Laksanakan ‘Lockdown’ Kekang Penularan – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpandangan kerajaan perlu melaksanakan lockdown bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang ketika ini mencatatkan angka yang semakin membimbangkan. Katanya, ini kerana protokol kesihatan kini tidak lagi berkesan disebabkan rakyat telah mula menunjukkan sindrom keletihan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP). “Negara maju terus mengambil pendekatan drastik seperti lockdown walaupun […]

» Read more
1 1,717 1,718 1,719 1,720 1,721 2,426