Penyokong dan Kepimpinan Bawa Signifikan Kepada Aura Keutuhan UMNO – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 9 Mei – UMNO mempunyai auranya tersendiri dalam menarik perhatian rakyat sama ada parti keramat ini berada dalam kerajaan mahupun pembangkang, kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan. Jelas beliau ini kerana UMNO mempunyai core marketnya yang tersendiri yang menjadi tonggak kepada kekuatan parti. “Kita ada core market yang jauh lebih besar daripada mana-mana parti, media tahu perkara ini […]

» Read more

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Kecam Tindakan Tidak Perikemanusiaan Israel

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan polis Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa yang berlaku baru-baru ini. Situasi itu telah mencederakan ratusan umat Islam yang sedang beribadah ketika itu. Pengerusi Biro Antarabangsanya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham turut menggesa semua pihak termasuk institusi dan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa untuk mengecam Israel dan bersolidariti bersama […]

» Read more

UMNO Tetap Mampu Berhadapan Dengan Cabaran Zaman – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru ahli UMNO untuk terus mengeratkan silaturahim dalam konteks memperkukuh parti demi kemaslahatan rakyat. Beliau berkata demikian bersempena dengan dua perayaan yang begitu bermakna buat orang Melayu khususnya ahli UMNO. “Sempena hari raya Aidilfitri ini marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan melakukan beberapa muhasabah dalam […]

» Read more

Jika Dikompaun Duit Melayang… Jangan Ingkar Arahan Rentas Negeri – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia agar mematuhi aturan yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Katanya, rakyat jangan terlalu mengikut perasaan terutama sekali apabila tidak dapat pulang ke kampung meraikan hari raya Aidilfitri bersama ibu bapa dan saudara-mara. “Saya terima gambar tersebut dari Whatsapp, terperanjat dengan apa yang […]

» Read more

Sahur Bersamamu UMNO Kubang Pasu Jejak Mereka Yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ramadan sememangnya mengajar kita makna kehidupan dan kemanusian apatah lagi di bulan Ramadhan. Atas landasan itulah pimpinan UMNO Kubang Pasu malam tadi mengadakan ‘Sahur Bersamamu’ bersama keluarga yang memerlukan pembelaan. Awal pagi semalam, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Zaini Japar dan juga Datuk Seri Johari Baharom, bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu serta Ketua […]

» Read more

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Pencerobohan Dan Serangan Tentera Serta Pendatang Yahudi Ke Atas Masjid Al-Aqsa – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei 2021). Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah Kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak […]

» Read more

Nilai Kerohanian Main Peranan Tangani Gejala Dadah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau berkenaan gejala penagihan dadah dalam kalangan rakyat yang semakin membimbangkan kerana ianya turut sama memberikan kesan buruk kepada institusi kekeluargaan. Jelasnya, semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri pelbagai langkah yang dilakukan bagi menangani gejala ini. “Antaranya kita perluaskan pendekatan agama dan kerohanian […]

» Read more

Segerakan RCI Siasat Pendedahan Bekas Peguam Negara Dan Bekas Ketua Polis Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan ketetapan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendesak kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) terhadap pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. “Pendedahan kedua-dua bekas ketua yang pernah mengetuai dua organisasi penting kerajaan adalah […]

» Read more

Semak Dan Imbang Di Parlimen Satu Keperluan… Ahmad Maslan Rindu Berbahas

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan secara sinis memaparkan bangunan Parlimen daripada pejabatnya Tingkat 38, di Menara Dato’ Onn di sini yang merupakan Pejabat Setiausaha Agung UMNO dengan menyatakan kerinduannya berbahas di dalam Dewan Rakyat. Jelas beliau Dewan Rakyat merupakan tempat semak dan imbang ianya adalah satu keperluan dalam demokrasi berparlimen. “Bangunan Parlimen boleh […]

» Read more

Era Pandemik, Sekolah Jangan Dibiar Sakit – Khaled

HARI ini 7 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kesekian kalinya bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sekali gus menyertai beberapa daerah lain di Selangor dan Johor yang telah terlebih dahulu dikenakan PKP. Ia sudah pasti mengingatkan pada 18 Mac tahun lalu ketika kita mula-mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan ini. Dalam tempoh kira-kira 14 bulan ini, banyak perkara yang sudah […]

» Read more
1 1,718 1,719 1,720 1,721 1,722 2,426