UMNO 75 Tahun: Perkukuh Solidariti, Kuatkan Ukhwah Anggota Parti

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru agar akar umbi UMNO dapat terus memperkukuhkan soladariti sesama ahli.

Ulasnya, dalam usia UMNO ke-75 tahun ini, ahli UMNO haruslah bijak dan matang dalam menepis segala tohmahan terutamanya sekali dalam media sosial.

“Saya berharap sempena 75 tahun ulang tahun UMNO semua ahli dapat bersama-sama menguatkan ukhwah, lebih matang dan ada perasaan sayangkan UMNO. Kematangan kita selama 75 tahun Jubli Intan ini dapat menepis dengan bijak termasuk tohmahan dalam media sosial agar kita tetap kekalkan ukhwah sesama kita.

“Paling penting dan saya mengharapakan agar ahli UMNO jangan mudah terpedaya dan mendengar cakap orang yang tidak kenali, jangan ambil sumber dari media sosial dan sesungguhnya ada banyak perkara yang dimainkan di dalam media sosial itu tujuannya adalah untuk memecah belahkan UMNO.

“Selamat menyambut ulang tahun UMNO dan Jubli Intan yang ke 75. Kita tahu hari ini UMNO sedang berhadapan dengan musuh yang tidak pasti dan ada banyak saluran musuh untuk memecah belahkan UMNO,” katanya kepada UMNO-Online, di sini.

Bagi Exco Wanita UMNO, Datuk Latipah Omar berkata walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19, Wanita UMNO Negeri Melaka telah mempersiapkan segala perancangan bagi menyambut ulang tahun UMNO yang ke 75.

“Terutamanya di Melaka kami sudah merancang untuk menyambut ulang tahun UMNO walaupun di dalam pandemik COVID-19 dan kita akan menyambut dengan lebih baik supaya menunjukkan bahawa UMNO ini masih relevan lagi dan kita gembira kerana UMNO masih kekal sehingga hari ini.

“Saya berharap kepada semua ahli-ahli Wanita UMNO dan akar umbi dapat menyambut ulang tahun UMNO yang ke 75 tahun serta disambut dengan meriah… selamat menyambut ulang tahun UMNO,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.