Ahli Parlimen UMNO Perlu Ada Landasan Yang Betul – Ahmad Maslan

PONTIAN, 11 Julai – UMNO berharap ahli Parlimennya mengikut etika parti jika ada undi percaya atau tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila persidangan Dewan Rakyat diadakan pada 26 Julai ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka masih terikat dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT), disiplin dan etika parti selaras dengan Perlembagaan UMNO meskipun boleh […]

» Read more

Henti Berpolitik, Fokus Usaha Bantu Rakyat – TPM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak terutama ahli politik supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat pandemik COVID-19. Beliau berkata dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik itu. “Janganlah kita berpolitik dalam […]

» Read more

Terus Berkhidmat, UMNO Kudat Peka, Sentiasa Santuni Rakyat – Juraidi Silah

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kudat, Juraidi Silah berkata ikatan persaudaraan sesama ahli UMNO dan masyarakat umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatannya kukuh dan terus terpelihara. Lantaran itu katanya, UMNO sedar bahawa hubungan haruslah dijaga dengan baik agar dapat mencapai kesepakatan seterusnya membuahkan manfaat demi kepentingan lingkungan masyarakat yang lebih […]

» Read more

Perbankan Islam Mesti Tunjuk Contoh Tawarkan Moratorium Tanpa Keuntungan Terakru

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ada sebab mengapa beliau terpaksa menerangkan dan serah sendiri 10 Tuntutan Rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin. Katanya, salah satu daripada #TuntutanRakyat terkait dengan kegagalan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kerajaan memenuhi keluhan rakyat […]

» Read more

Kenyataan Media Palsu Jika Tidak Dipamerkan Di Media Sosial Saya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sebarang kenyataan media yang melibatkan dirinya pasti akan dipamerkan di dalam saluran media sosialnya terutama di Twitter dan Facebook. “Jika tiada, maka perkara itu ‘fake’ (palsu),” tegasnya di platform media sosialnya itu malam tadi. Hari ini tular sebuah kenyataan media kononnya dari Setiausaha Agung UMNO yang berkata […]

» Read more

Desak PM Berundur Dikatanya Menderhaka? Propaganda Terdesak ‘Spin’ Tahap Tertinggi

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Kadar R-naught iaitu kadar kebolehjangkitan COVID-19 pada 9 Julai 2021 telah mencapai 1.11 dan sangat tinggi walaupun selepas pelaksanaan ‘Total Lockdown’, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Malah lebih tinggi berbanding kadar 1.07 pada 1 Jun 2021 apabila PKP bermula dan kadar jangkitan juga tidak menurun malah mencecah kes harian lebih […]

» Read more

Kenyataan Media Peletakan Jawatan Presiden Palsu – JKS Penerangan

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan maklum satu aktiviti penularan kenyataan media palsu kononnya pengumuman oleh Setiausaha Agung UMNO tentang peletakan jawatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Ibu Pejabat menasihati ahli UMNO dan pihak awam agar tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak tertentu disyaki cuba untuk menimbulkan suasana tidak tenteram seterusnya melemahkan […]

» Read more

Pasukan Siber Sebelah Sana Sila Henti Kelirukan Rakyat, Tak Perlu ‘Spin’ Tindakan UMNO

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pasukan siber sebelah sana agar berhenti daripada cuba mengelirukan rakyat. Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, mereka tidak perlu ‘spin’ itu dan ini mengenai tindakan UMNO. “UMNO parti cakap serupa bikin. Apa UMNO kata UMNO akan buat demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu hantaran […]

» Read more

Keputusan Parti Perlu Dipatuhi Semua Pemimpin Dan Ahli – Ahmad Nazlan

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris berpandangan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan pendirian Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang perlulah dipatuhi oleh setiap pemimpin serta ahli parti. Begitu juga ujarnya sebagai Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah tidak terkecuali dan akan akur kepada keputusan parti. “Saya selaku Ahli Parlimen Jerantut (BN/UMNO) berpendirian […]

» Read more

Ahli Parlimen BN/UMNO Cameron Highlands Pegang Teguh Keputusan Parti

CAMERON HIGHLANDS, 10 Julai – Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Datuk Mohd Nor berpendirian dan mengambil ketetapan selaras dengan keputusan yang diambil oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan juga Ketua Bahagian UMNO Cameron Highlands. Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN)/UMNO itu berkata ia adalah selari […]

» Read more
1 1,676 1,677 1,678 1,679 1,680 2,429