Kepercayaan Rakyat Amanah BN – Mohamad Hasan

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan satu amanah besar yang akan diterjemahkan melalui kerja yang ikhlas, kestabilan yang berterusan serta usaha membawa kemajuan kepada seluruh rakyat Johor.

Beliau berkata, kepercayaan yang diberikan oleh rakyat bukan sekadar kemenangan politik, sebaliknya tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh integriti dan komitmen demi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Menurutnya, kerajaan yang stabil akan membolehkan agenda pembangunan dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh Bangsa Johor.

Mohamad turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Johor yang telah memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya kali ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen sehingga menyumbang kepada kejayaan BN.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Insya-Allah, kami akan terus berkhidmat demi memastikan amanah rakyat dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO