Kenyataan Media Palsu Jika Tidak Dipamerkan Di Media Sosial Saya – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sebarang kenyataan media yang melibatkan dirinya pasti akan dipamerkan di dalam saluran media sosialnya terutama di Twitter dan Facebook.

“Jika tiada, maka perkara itu ‘fake’ (palsu),” tegasnya di platform media sosialnya itu malam tadi.

Hari ini tular sebuah kenyataan media kononnya dari Setiausaha Agung UMNO yang berkata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meletakkan jawatan dan surat peletakan jawatan itu telah dihantar ke Ibu Pejabat parti petang tadi.

Ekoran daripada itu, Pasukan Respon Pantas JKS Penerangan Ibu Pejabat telah menasihati ahli UMNO dan pihak awam agar tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak tertentu disyaki cuba untuk menimbulkan suasana tidak tenteram seterusnya melemahkan parti.

Seterusnya ulas Ahmad lagi, mungkin yang suka membuat perkara palsu terdiri daripada mereka yang mengalami tekanan perasaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP).

Jelas Ahli Parlimen Pontian itu lagi sambil memaparkan gambar surat palsu itu dan aktivitinya sedang menebas semak, kini beliau berada di kampungnya menebas dan membuang semak yang mungkin ada haiwan seperti katak dan lain-lain, juga seolah-olah dilihat mahu menyampaikan maksud tertentu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.