Terus Berkhidmat, UMNO Kudat Peka, Sentiasa Santuni Rakyat – Juraidi Silah

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kudat, Juraidi Silah berkata ikatan persaudaraan sesama ahli UMNO dan masyarakat umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatannya kukuh dan terus terpelihara.

Lantaran itu katanya, UMNO sedar bahawa hubungan haruslah dijaga dengan baik agar dapat mencapai kesepakatan seterusnya membuahkan manfaat demi kepentingan lingkungan masyarakat yang lebih besar.

“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, inilah tanggungjawab UMNO termasuklah Bahagian Kudat yang diketuai, Akram Ismail untuk terus peka dan sentiasa berusaha menyantuni ahli serta masyarakat kawasan Parlimen Kudat dalam keadaan berdedan kesusahan akibat COVID-19,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, kepimpinan UMNO sentiasa melihat kepentingan rakyat dan negara lebih utama dalam membuat segala keputusan. 

“Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat, UMNO sentiasa mahukan kebajikan serta kesejahteraan masyarakat adalah fokus utama.

“Namun hal ini kita akui bahawa ia hanya akan dapat dicapai sepenuhnya sekiranya kita mempunyai kestabilan politik tanah air, maka kita mahukan keseimbangan untuk rakyat dan negara meneruskan kehidupan,” ujarnya lagi.

Dalam hal ini, beliau memaklumkan bahawa misi bantuan dengan memberikan bakul makanan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa dilaksana tanpa mengambil kira idealogi politik mahupun melihat kepada kepentingan suku kaum. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.