Kenyataan Media Peletakan Jawatan Presiden Palsu – JKS Penerangan

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Ibu Pejabat UMNO menerusi Jabatan Penerangan maklum satu aktiviti penularan kenyataan media palsu kononnya pengumuman oleh Setiausaha Agung UMNO tentang peletakan jawatan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ibu Pejabat menasihati ahli UMNO dan pihak awam agar tidak terpengaruh dengan agenda jahat pihak tertentu disyaki cuba untuk menimbulkan suasana tidak tenteram seterusnya melemahkan parti,” kata Pasukan Respon Pantas JKS Penerangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru menurut kenyataan itu lagi, Ibu Pejabat menyarankan seluruh ahli UMNO fokus mendukung agenda membantu rakyat terkesan secara fizikal, emosi mahupun ekonomi berakibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di Kawasan masing-masing sesuai dengan hashtag #UMNOBersamaRakyat. – UMNO ONLINE