Persidangan Cawangan UMNO Bermula… Harap Lancar, Patuh SOP Ditetapkan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Persidangan Cawangan UMNO bermula hari ini sehingga 30 November depan melibatkan 191 bahagian. Ujarnya, perkara terbabit Dalam masa yang sama, jelasnya, MKT juga memaklumkan bahawa persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di 191 Bahagian “Mulai 15 Oktober 2021 hingga 30 November 2021 Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan di […]

» Read more

MKT UMNO Bincang PRN Melaka, Sahkan Pengguguran Keahlian Idris Haron

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan hari ini telah membincangkan antara lain mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengarahkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi PRN ini dengan menuruti SOP yang akan ditetapkan oleh SPR. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan berkaitan hal […]

» Read more

Zahid Kesal Liputan Sebuah Portal Berita Cuba Beri Gambaran Negatif Terhadap Kenyataan & Dirinya

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan sebuah laporan portal berita yang dipetik di luar konteks kenyataan beliau. Beliau berkata laporan tersebut seolah-olah memberikan perspektif negatif kepada dirinya sedangkan jawapan yang diberikan itu bukanlah suatu keangkuhan sebaliknya berpegang kepada realiti semasa dan berpijak di bumi yang nyata. “Saya tidak pernah melontarkan kata-kata kasar […]

» Read more

Muda Disayangi Yang Lama Disantuni, UMNO Konsisten Bersama Rakyat

SETIU, 14 Okt – UMNO sentiasa mengamalkan konsep generasi muda disayangi yang lama disantuni bagi mendekati rakyat termasuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan sebagaimana yang diaplikasi UMNO Bahagian Setiu. Malah Ketua Penerangannya, Wan Yaakob Wan Ibrahim berkata melalui program-program yang dilakukan juga menyaksikan penglibatan daripada pelbagai peringkat umur. “Aktiviti jangka panjang matlamat yang diamalkan oleh UMNO Bahagian Setiu adalah menyantuni […]

» Read more

Pidato Piala Presiden: Pemidato UMNO Siap Sedia Pamer Kebolehan Berhujah

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Persiapan peserta pidato dari UMNO Negeri Pulau Pinang bagi pertandingan pidato Piala Presiden UMNO yang bakal bermula Sabtu ini telah berada di tahap terbaik, kata Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Noor Ahmad. Jelasnya, ketiga-tiga wakil dari UMNO Pulau Pinang telah siap siaga bagi menggalas amanah mewakili negeri dan menyampaikan hujah berdasarkan tajuk yang diberikan. “Undi belum […]

» Read more

Melaka: Pemuda UMNO Siap Siaga, Terus Berkhidmat Dalam Tunggu Perkembangan Seterusnya – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pemuda UMNO Melaka menyatakan kesediaan sama ada berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya kerana mereka sekian lama telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing di pelbagai peringkat. Naib Ketua Pemudanya Dr Muhamad Akmal Salleh berkata soal pilihan raya negeri yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak hari ini sudah pasti memerlukan persiapan yang begitu rapi daripada pelbagai peringkat dalam […]

» Read more

Shahril Hamdan Ke Melaka, Teruskan Misi Penerangan Situasi Semasa Politik Negara

TANGGA BATU, 13 Okt – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini berkesempatan berkunjung ke Melaka bagi meneruskan misi memberi penjelasan berkenaan situasi semasa politik negara. Program pertama beliau bermula dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pidato online peringkat negeri yang telah berlangsung penghujung Ogos lalu dengan pemenangnya akan berentap dalam Pidato Piala Presiden. “Kita meraikan finalis-finalis yang […]

» Read more

Perkembangan COVID-19 Buktikan Rombak Pentadbiran Kerajaan Langkah Tepat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kadar jangkitan COVID-19 mengalami penurunan drastik daripada 10,915 kes pada 2 Oktober kepada 6,709 kes pada 11 Oktober 2021. Sehubungan itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggap bahawa perkembangan tersebut secara tidak langsung membuktikan usaha merombak pentadbiran kerajaan terdahulu adalah tepat. “Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan inayah dan kehendak-Nya kes jangkitan […]

» Read more

Selagi Hayat Dikandung Badan, Tragedi PH Tadbir Melaka Tidak Akan Berulang – Ab Rauf

MELAKA, 13 Okt – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa beliau akan berjuang sehabis mungkin untuk memastikan UMNO akan terus mentadbir kerajaan negeri Melaka. Katanya, apatah lagi sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu rakyat di negeri ini telah menderita di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH). “Saya selagi hayat dikandung […]

» Read more

Pentas Politik Bukan Untuk Balas Dendam… Tiga Kriteria Calon Tentukan Watikah Ditandatangani – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak akan menggunakan pentas politik untuk membalas dendam bagi menandatangani watikah dalam pilihan raya asalkan calon menepati tiga kriteria. Katanya, tiga perkara untuk menentukan calon yang akan mewakili parti ialah ‘winnable, acceptable, likeable’ dari pengundi sendiri. “Saya tidak akan gunakan peluang sebagai pentas membalas […]

» Read more
1 1,608 1,609 1,610 1,611 1,612 2,431