Selagi Hayat Dikandung Badan, Tragedi PH Tadbir Melaka Tidak Akan Berulang – Ab Rauf

MELAKA, 13 Okt – Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa beliau akan berjuang sehabis mungkin untuk memastikan UMNO akan terus mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Katanya, apatah lagi sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu rakyat di negeri ini telah menderita di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Saya selagi hayat dikandung badan selagi tangan saya boleh digunakan sebaiknya, bahu ini akan memikul tanggungjawab mengembalikan UMNO menerujui Negeri Melaka.

“Allah tidak mengizinkan mereka untuk merampas Melaka kalau tidak negeri ini akan dipimpin semula oleh PH yang pengkhianatnya diketuai oleh Datuk Seri Idris Haron,”katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan pidato peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Sementara itu, beliau turut menafikan terlibat dengan sebarang keputusan melibatkan pentadbiran kerajaan negeri seperti yang didakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang tersebut.

“Dia menukar fakta bahawa masalah dalam Melaka adalah disebabkan saya dan Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.

“Saya hendak kata pada Idris mana-mana masjid dia boleh datang saya tunggu, kita bersumpah betul tak apa yang dia cakap saya kata pemutus dan membuat keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri.

“Saya tidak pernah pergi pejabat ketua menteri dan tidak pernah mempengaruhi Sulaiman untuk membuat keputusan saya tahu garis sempadan di antara parti dan kerajaan,” tegas beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.