MKT UMNO Bincang PRN Melaka, Sahkan Pengguguran Keahlian Idris Haron

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan hari ini telah membincangkan antara lain mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengarahkan agar jentera parti di setiap peringkat membuat persiapan yang rapi bagi menghadapi PRN ini dengan menuruti SOP yang akan ditetapkan oleh SPR.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memaklumkan berkaitan hal terbabit turut mengesahkan berkaitan pengguguran keahlian UMNO Datuk Seri Idris Haron.

“MKT juga mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Utama Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu adalah ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka,” katanya dalam kenyataan kepada media selepas mesyuarat MKT UMNO di Ibu Pejabatnya, Menara Dato’ Onn.

Ujar beliau lagi, mengenai kerjasama dgn PPBM dan Pas ia akan dibincangkan pada mesyuarat lain yang akan datang. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/10/KENYATAAN-MEDIA-14-OKT-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.