BN Asas Pembangunan Melaka, Teruskan Kesinambungan – Ahmad Shabery

MELAKA, 10 Nov – Pelbagai perancangan pembangunan yang dimulakan Barisan Nasional (BN) ketika menerajui kerajaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk membawa Melaka menjadi negeri yang lebih maju dan berdaya saing. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kesinambungan dasar dan projek pembangunan amat penting supaya perancangan yang telah dibuat dapat disempurnakan serta […]

» Read more

PRN Melaka: 31 Pusat Mengundi Awal Dibuka Jam 8 Pagi

MELAKA, 10 Nov – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat 8 pagi ini bagi membolehkan 12,531 pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka. Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat […]

» Read more

PRN Melaka: Ahmad Zahid Ucap Selamat Mengundi Kepada Pengundi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok. Beliau berkata, pengundian awal merupakan peluang kepada anggota keselamatan dan semua pengundi yang layak untuk menentukan hala tuju negeri Melaka bagi tempoh lima tahun akan datang. Sehubungan itu, […]

» Read more

Aduan Rakyat Bukan Sekadar Didengar, Mahu Penyelesaian – Abdul Hakim

LENDU, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid menegaskan komitmennya untuk memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah rakyat, khususnya berkaitan pembangunan setempat dan isu banjir sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Menurut beliau, baki hari kempen akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus mendekati dan menyantuni […]

» Read more

‘Jangan Mudah Terpengaruh Permainan Politik Media Sosial’

HANG TUAH JAYA, 9 Nov – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berharap pengundi untuk lebih berhati-hati dan bijak menilai isu yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata ini kerana tidak semua maklumat yang disebarkan di media sosial menggambarkan keadaan sebenar. “Rakyat kena berhati-hati dengan permainan […]

» Read more

Manifesto BN Realistik, Komitmen Boleh Ditunaikan – Abdul Razak

KOTA MELAKA, 9 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai tawaran realistik dan berteraskan keperluan rakyat, dengan komitmen yang diyakini mampu dilaksanakan sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, manifesto berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara […]

» Read more

Kerjasama BN-PN Perkukuh Gerak Kerja Ngwe Di Machap Jaya

ALOR GAJAH, 9 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem yakin kekuatan jentera parti mampu menjadi pemangkin kepada usaha mengekalkan kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata keyakinan itu didorong sokongan padu serta komitmen jentera BN yang sentiasa bersama-sama membantu beliau sepanjang tempoh berkempen. “Kita mempunyai jentera […]

» Read more

Pelan Pembangunan Lima Tahun Jadi Keutamaan Jezlee Di Sungai Rambai

JASIN, 9 Nov – Pelan Pembangunan Sungai Rambai Lima Tahun menjadi antara fokus utama calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit dalam merancang pembangunan kawasan itu secara lebih tersusun dan menyeluruh. Beliau berkata, perancangan berkenaan mengambil kira keperluan menyelesaikan projek pembangunan terdahulu yang terbengkalai atau tidak diurus dengan baik, selain memperkenalkan beberapa inisiatif baharu bagi […]

» Read more

Melaka Teruskan Gelombang Biru, Manifesto Jadi Taruhan

ALOR GAJAH, 9 Nov – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menyifatkan gelombang biru di Melaka mula menunjukkan perkembangan positif berdasarkan sambutan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata ini kerana, perkembangan itu dapat dilihat menerusi kecenderungan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), selain persepsi negatif yang menurutnya semakin membayangi imej parti lawan. “Saya melihat kecenderungan yang cukup positif […]

» Read more

Isyarat Positif Kebangkitan Gelombang Biru Di Melaka

ALOR GAJAH, 8 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyifatkan keputusan mengekalkan calon penyandang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sebagai pengiktirafan terhadap rekod perkhidmatan dan khidmat bakti mereka kepada rakyat. Beliau yang juga Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, calon yang diberikan kepercayaan semula sudah melalui penilaian […]

» Read more
1 … 9 10 11 12 13 … 32