Manifesto BN- PN, Beri Keutamaan Rakyat Melaka – Rosli Abdullah

MASJID TANAH, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah menegaskan bahawa setiap tawaran yang dikemukakan bukan sekadar janji manis. Katanya, setiap tawaran yang terkandung dalam manifesto berkenaan sebagai satu aku janji yang wajib diberi perhatian dan dilaksanakan sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat. “Manifesto BN dirangka dengan memberi keutamaan kepada […]

» Read more

Gelombang Biru Bermula Dari Johor, Kini Melanda Melaka – Mohamad Hasan

LENDU, 9 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan gelombang biru adalah kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang bermula di Johor kini terus dibawa ke Negeri Sembilan sebelum meneruskan rentaknya ke Melaka dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, rentak gelombang biru berkenaan bukan bermula di Negeri Sembilan, sebaliknya telah tercetus sejak […]

» Read more

Undi Awal PRN Melaka: Penghargaan Buat Petugas Barisan Hadapan

MELAKA, 9 Nov – Seluruh anggota pasukan keselamatan, petugas kesihatan, sukarelawan serta warga perkhidmatan penting menerima penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Penghargaan itu ditujukan khusus kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta seluruh petugas keselamatan […]

» Read more

Rakyat Melaka Bijak Memilih, Bukan Cari Pelakon Tetapi Pemimpin

MELAKA, 9 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terus memperhebatkan gerak kerja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kini memasuki minggu kedua, dengan tumpuan khusus diberikan kepada dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi calon daripada sayap parti itu. Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata, persiapan jentera di DUN Merlimau dan Lendu sedang dipertingkatkan […]

» Read more

Abu Bakar Sabudin Automatik Tergugur Keahlian UMNO – Sumali

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Keahlian Datuk Abu Bakar Sabudin dalam UMNO secara automatik tergugur selepas beliau disahkan bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil pada 31 Oktober lalu. Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, tindakan Abu Bakar bertanding sebagai calon Bebas adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, sekali gus menyebabkan beliau kehilangan hak […]

» Read more

Manifesto BN Realistik, Sasar 25 Juta Pelancong Ke Melaka Bukan Hanya Angka

MELAKA, 9 Nov – Sasaran menarik sehingga 25 juta pelancong ke Melaka sebagaimana yang diketengahkan dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) mencerminkan komitmen untuk memperkukuh sektor pelancongan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sasaran berkenaan tentunya disokong dengan perancangan pembangunan menyeluruh, khususnya dari aspek infrastruktur, kemudahan pengangkutan dan prasarana […]

» Read more

Pentas Gelombang Biru BN-PN Seluruh Melaka, Suntik Semangat Jentera

TANGGA BATU, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Rais Yasin yakin Gelombang Biru yang semakin dirasai sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan terus diperkukuh sekali gus membawa kemenangan kepada BN. Menurutnya, beberapa siri ceramah perdana yang melibatkan pemimpin utama parti akan digerakkan di seluruh negeri bagi memperhebat penerangan, menyantuni […]

» Read more

Jangan ‘Trial And Error’, Teruskan Kesinambungan – Siti Aminah

MELAKA, 9 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan sekadar pilihan raya biasa, sebaliknya menjadi penentu kepada kesinambungan kepimpinan yang mampu membangunkan serta membela nasib rakyat. Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berkata, beliau bersama rakan-rakan serta kepimpinan UMNO Sabah berkampung di Melaka bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN), khususnya di DUN Duyong dan DUN Telok Mas. Menurutnya, […]

» Read more

Manifesto Bersama BN-PN Angkat Agenda Kebajikan Rakyat

ALOR GAJAH, 9 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan menyifatkan kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) menerusi pembentangan manifesto bersama sebagai perkembangan positif yang mampu menawarkan penyelesaian lebih dekat dengan keperluan rakyat. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah berkata, ini kerana manifesto berkenaan menggariskan pelbagai inisiatif yang memberi […]

» Read more

Tok Rauf Mahu Gen Z Bersama Warnai Masa Depan Melaka

TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda Tanjung Bidara. Jumlah kehadiran itu memperlihatkan sambutan positif golongan berkenaan terhadap kepimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh. Ab Rauf berkata, kehadiran anak muda termasuk mereka yang bakal menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama […]

» Read more
1 … 10 11 12 13 14 … 32