Selamat Takim Sedia Teruskan Khidmat Legasi BN Di Sungai Balang

MUAR, 28 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Selamat Takim berazam bukan sahaja akan menyambung legasi yang telah ditinggalkan oleh mantan wakil rakyat penggal lalu, Datuk Zaiton Ismail di kawasan berkenaan malah akan menambah baik segala perancangan serta pelaksanaan yang telah dilakukan sebelum ini. Menurut beliau, apa yang telah diusahakan sebelum ini tentunya telah […]

» Read more

Pertukaran Calon BN Saat Akhir Atas Semangat BN – Hasni

JOHOR BAHRU, 28 Feb – Pertukaran saat akhir calon Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan atas semangat parti gabungan itu, kata Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad. Katanya tindakan itu setelah BN mengambil kira beberapa perkara termasuk representasi wanita, orang muda serta kelulusan akademik yang merupakan antara komponen penting dalam membuat keputusan pemilihan calon. “Pertukaran […]

» Read more

Calon BN Bukit Naning Santuni Hampir 30 Peratus Pengundi Dalam Tempoh Tiga Hari Berkempen

MUAR, 28 Feb – Baru memasuki hari ketiga berkempen di Dewan Undangan (DUN) Bukit Naning, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Fuad Tukirin sudah pun menyantuni hampir 30 peratus pengundi di kawasan itu. Mohd Fuad, yang merupakan anak jati Bukit Naning, berkata beliau akan berusaha menemui seramai mungkin pengundi di kawasan itu selain memajukan kampung kelahirannya sekiranya diberi mandat pada […]

» Read more

Kombinasi Calon BN Terbaik, Main Peranan Sokongan Rakyat

PASIR GUDANG, 28 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini adalah terbaik mengambil kira kelebihan yang dimiliki mereka. Katanya, ini kerana latar belakang calon juga memainkan peranan penting kepada sokongan rakyat pada hari pembuangan undi 12 Mac depan. “Saya kira bahawa ramuan calon yang […]

» Read more

Pembangunan Luar Bandar, Pendidikan Jadi Perjuangan BN Di DUN Semarang

BATU PAHAT, 28 Feb – Isu pendidikan dan pembangunan berterusan kawasan luar bandar, merupakan antara isu yang menjadi ‘perjuangan’ calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, di sini. Dalam kempen calon pilihan raya DUN itu, dua perkara berkenaan sentiasa disebut sekali gus menunjukkan kepentingan kedua-dua isu itu kepada penduduk setempat. Calon Barisan […]

» Read more

Di Mana UMNO/BN Kuat Di Situ Punca Ketidakstabilan… Kenyataan Mengarut! – Najib

JOHOR BAHRU, 28 Feb – Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membidas pendapat seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang berkata punca ketidakstabilan politik adalah disebabkan UMNO dan BN kuat. Tempelak Najib, ia disifatkan sebagai mengarut kerana contoh mutakhir di Melaka apabila BN memang lebih dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, pentadbiran […]

» Read more

Jentera Kekuatan Parti, Pastikan Pengundi Memilih BN – Najib Samuri

JOHOR BAHRU, 28 Feb – Calon muda yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri mengharapkan agar pengundi-pengundi di kawasan terbabit mahupun seluruh Negeri Johor dapat mengundi BN. Katanya, kekuatan jentera UMNO/BN merupakan satu kelebihan yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya supaya pengundi kembali yakin terhadap parti itu. “Harapan saya agar semua pengundi […]

» Read more

Saya Sedia Untuk Berkhidmat, Jangan Lupa Janji Palsu PH 22 Bulan – Noor Farah

MUAR, 28 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) N15 Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani, Noor Farah Samsudin bertekad untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi kawasan berkenaan sekiranya diberikan mandat pada 12 Mac depan. Beliau yang akan berdepan saingan enam penjuru di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor termasuk penyandang kerusi tersebut daripada Pakatan Harapan (PH), penuh yakin pengundi sudah […]

» Read more

PRU-14 Bawa Perubahan Sentimen, PH Makin Ditolak Rakyat

PASIR GUDANG, 28 Feb – Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy mengakui bahawa beliau melihat perubahan sentimen rakyat di Johor yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) impak kepada kekalahan parti ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) yang lalu. Katanya, kesedaran itu terjadi kerana tindak tanduk Pakatan Harapan (PH) sendiri yang dilihat gagal mentadbir negara ini dengan sebaiknya […]

» Read more

Penerimaan Pelbagai Kaum, BN Harapan Pengundi Johor – Pandak

ISKANDAR PUTERI, 28 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad optimis penerimaan rakyat dalam kalangan pelbagai kaum dan latar belakang untuk memberikan semula mandat dalam mentadbir negeri kepada parti gabungan ini. Katanya ini berdasarkan respon daripada masyarakat yang menerima kehadiran beliau dengan baik malah meluahkan harapan kemenangan akan berpihak kepada BN bagi […]

» Read more
1 19 20 21 22 23 41