Kombinasi Calon BN Terbaik, Main Peranan Sokongan Rakyat

PASIR GUDANG, 28 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpandangan calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini adalah terbaik mengambil kira kelebihan yang dimiliki mereka.

Katanya, ini kerana latar belakang calon juga memainkan peranan penting kepada sokongan rakyat pada hari pembuangan undi 12 Mac depan.

“Saya kira bahawa ramuan calon yang sangat baik diketengahkan oleh BN bagi membolehkan kemenangan pada PRN ini malah yakin dengan kebolehan mereka yang kita pertaruhkan ini.

“Satu kombinasi dari segi umur yang sangat baik ada orang muda, pertengahan umur manakala jantina pula wanita pun ramai,
majoriti yang ada ini juga mempunyai kelayakan akademik yang sangat bagus.

“Itulah salah satu daripada perkara penting iaitu apabila calon itu sendiri telah mengangkat sokongan kepada BN… maknanya itu salah perkara yang baik,” ujar beliau.

Mahdzir yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar juga turut optimis dengan sokongan pengundi kepada BN bagi meneruskan agenda memakmurkan negeri sekaligus membawa manfaat kepada rakyat di negeri ini.

“Saya nampak keadaan di Johor ini sangat tenang malah saya meluahkan keyakinan bahawa masyarakat dan rakyat akan memberi sokong yang baik kepada BN untuk menang dan menubuhkan kerajaan di negeri Johor,” ujar beliau.

Terdahulu, SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala pengundian awal 8 Mac.

Pilihan raya ini diadakan selepas kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember lalu ianya sekaligus menyebabkan kedudukan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.