Kejayaan BN Sabtu Lalu Kemenangan Untuk Kestabilan Johor

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu adalah kemenangan yang diiinginkan oleh rakyat negeri itu dalam usaha menstabilkan kerajaan negeri demi masa depan yang lebih stabil.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Petaling Jaya, Datuk Mutalif Rahim berkata kepercayaan yang diberikan oleh pengundi Johor itu juga adalah satu tanda dan petunjuk bahawa BN mampu melaksanakan pelbagai agenda untuk kepentingan rakyat.

“Kali ini pada PRN Johor BN menang dengan kemenangan 2/3. Terima kasih rakyat Johor. Saya mewakili UMNO/BN Parlimen Petaling Jaya mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah berjaya memenangi kerusi di DUN yang diwakili. Kemenangan ini adalah kemenangan untuk rakyat Johor yang inginkan sebuah Kerajaan yang lebih stabil bagi menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi momentum berkenaan diharap akan kekal berterusan khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Kemenangan ini juga sebagai satu tanda bahawa hanya BN sahajalah yang mampu memberikan khidmat yang lebih baik berdasarkan pengalaman mentadbir negara selama lebih 60 tahun berbanding parti-parti lain.

“Terima kasih kepada jentera dan petugas BN yang telah bertungkus lumus siang malam pagi dan petang dalam kempen PRN kali ini. Saya juga berterima kasih kepada pimpinan dan juga ahli-ahli UMNO/BN Petaling Jaya, Wanita, Pemuda dan Puteri yang hadir sepanjang kempen PRN kali ini. Ayuh BN… teruskan momentum hingga ke PRU 15. Insya-Allah. BN akan kembali sebagai kerajaan yang lebih stabil pada PRU-15 nanti,” tambahnya.- UMNO Online.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.