PRU-14 Bawa Perubahan Sentimen, PH Makin Ditolak Rakyat

PASIR GUDANG, 28 Feb – Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy mengakui bahawa beliau melihat perubahan sentimen rakyat di Johor yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) impak kepada kekalahan parti ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) yang lalu.

Katanya, kesedaran itu terjadi kerana tindak tanduk Pakatan Harapan (PH) sendiri yang dilihat gagal mentadbir negara ini dengan sebaiknya berbanding BN.

“Alhamdulillah selama saya berada di sini berjumpa rakyat pergi ke kedai kopi, bertemu rakan lama kita nampak perubahan bagaimana rakyat yang dahulu tidak menyokong BN telah menunjukkan peralihan sokongan.

“Mereka kata menyesal dan berpendapat pentadbiran BN adalah lebih baik ini merupakan petanda yang bagus dan satu titik tolak yang baik kerana rakyat di luar sana, mereka sedar bahawa pentadbiran BN itu adalah lebih berbanding PH,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu berkata beliau juga mengharapkan impak kemenangan besar BN di PRN Melaka akan berterusan dan dibawa ke negeri ini.

“Kita harus terjemahkan dalam bentuk undi agar calon-calon BN mencapai kemenangan yang baik, saya percaya mereka mampu membuat penilaian yang lebih baik seperti pengundi di Melaka yang mahukan kestabilan, kita mahukan kemenangan di sana dapat kita tarik ke Johor.

“Dengan mengundi calon BN akan memastikan kestabilan politik dicapau seterusnya memberikan impak yang baik kepada ekonomi negeri,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.