Serang UMNO Dengan Kasar, Muhyiddin Dan Menteri PPBM Mesti Letak Jawatan – Puad

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri PPBM mesti letak jawatan dalam kerajaan.

Ini kerana katanya, PPBM kalah teruk di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor maka seepatutnya Muhyiddin dan menteri-menteri dari PPBM letak jawatan dalam kerajaan.

“Mereka berkempen secara habis-habisan. PPBM berbelanja besar. Termasuk sedia bas untuk mengangkut pengundi.

“Muhyiddin menyerang UMNO dan pemimpin UMNO dengan kasar. Justeru bermaruahkah Muhyiddin dan menteri PPBM terus kekal dalam Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO?

“Tekanlah ‘button’ jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu prihatin Bangsa Johor,” katanya.

Puad yang memenangi kerusi DUN Rengit pada PRN Johor Sabtu lalu berkata demikian dalam kenyataaan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Beliau yang diketengahkan sebagai calon BN bagi kerusi itu pada PRN Johor kali ini menewaskan calon PKR Khairuddin A Rahim, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diwakili Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir dan Mohd Huzair Lajis daripada Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.