Panduan Mengisi Borang Permohonan Mendaftar Sebagai Ahli
UMNO mengalu–alukan permohonan Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk menjadi ahli UMNO
- Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas.
- Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir–butir yang diperlukan di dalam perenggan A dan B.
- Setiap permohonan mestilah disertakan dengan salinan kad pengenalan .
Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak RM 2.00 sebagai yuran seumur hidup. - Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.
- Peringatan : Borang permohonan ini hendaklah membuat fotokopi dan disimpan oleh pemohon baru.
- Cawangan atau Pemohon hendaklah menghantar borang permohonan ke Pejabat UMNO Bahagian.
- Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.
- Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam tempoh satu bulan, pemohon bolehlah melapor kepada MAJLIS TERTINGGI dengan mengemukakan bersama salinan borang permohonan.
- MAJLIS TERTINGGI berhak membuat apa – apa keputusan atas mana–mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu dan keputusan itu adalah muktamad.