Jentera Kekuatan Parti, Pastikan Pengundi Memilih BN – Najib Samuri

JOHOR BAHRU, 28 Feb – Calon muda yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri mengharapkan agar pengundi-pengundi di kawasan terbabit mahupun seluruh Negeri Johor dapat mengundi BN.

Katanya, kekuatan jentera UMNO/BN merupakan satu kelebihan yang perlu digunakan dengan sebaik-baiknya supaya pengundi kembali yakin terhadap parti itu.

“Harapan saya agar semua pengundi di Parit Yaani untuk keluar mengundi dan mengundi calon dari BN pada 12 Mac akan datang.

“”Sebagai salah seorang dari calon baru yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan UMNO dan BN, saya turut sama mewakili suara anak-anak muda di kawasan Dun Parit Yaani,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Dalam masa yang sama, beliau melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih kerana parti memberikan kepercayaan kepadanya, dan berharap pengundi akan dapat memberikan mandat.

“Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO/BN di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian serta semoga dengan pencalonan ini dapat memberikan semangat baharu kepada seluruh jentera dan pengundi di N21 Parit Yaani.”

Untuk rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Februari sebagai sebagai tarikh penamaan calon manakala tarikh mengundi pada 12 Mac depan. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.