Jangan Sia-Siakan Peluang 12 Mac Ini, Pilih Parti Yang Boleh Bentuk Kerajaan Stabil – Dr Asyraf

PARIT SULONG, 4 MAC – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap rakyat Johor khususnya pengundi yang akan membuat pilihan pada 12 Mac nanti tidak mensia-siakan peluang yang ada dan sama sekali tidak memilih parti yang hanya sekadar mahu mengalahkan BN semata-mata. Ini kerana katanya peluang yang ada itu perlu digunakan sebaik mungkin untuk sebuah parti […]

» Read more

‘Pemimpin BN Bersungguh Bekerja…’ Ini Kali Pilih BN – Pengundi

  MERSING, 4 Mac – Rakyat Johor meluahkan harapan mereka untuk melihat negeri ini ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan dicapai kembali seperti yang dikecapi mereka sebelum ini. Bagi Kuang Lee Kiow, 64 tahun, sepanjang BN mentadbir negeri ini pelbagai kemajuan yang dicapai malah beliau berkeyakinan bahawa parti ini akan kembali memperolehi mandat sepenuhnya daripada rakyat pada Pilihan […]

» Read more

Tanggungjawab Kita Kembalikan Kegemilangan BN – Zakaria

SIMPANG RENGGAM, 4 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah menjelaskan bahawa beliau sedikit pun tidak luntur semangat apabila tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ini kerana semangat kesetiaan yang padu kepada parti melebihi kepentingan peribadinya dan apa yang penting adalah mengembalikan kegemilangan BN.“Saya tidak sedikit pun luntur semangat bila tidak dicalonkan. Kita mempunyai […]

» Read more

PH, PN Dan Pejuang Ketandusan Ikon Sebagai Calon MB Johor – Youzaimi

MERSING, 4 Mac – Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai ikon kepimpinan di Johor sehingga sukar untuk membuat keputusan menamakan calon menteri besar meskipun Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir memasuki fasa kedua kempen, kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) Endau, Youzaimi Mohd Yusof. Katanya, dilema sama turut dilalui Perikatan Nasional (PN) dan Pejuang serta parti lain yang menyertai […]

» Read more

HSR, RTS, RAPID Pengerang Beri Limpahan Ekonomi Cukup Besar Buat Rakyat – Abdul Rahman

JOHOR BAHRU, 4 Mac – Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, Barisan Nasional (BN) menawarkan Ikhtiar BN Johor dengan menampilkan lima teras merangkumi kemajuan ekonomi, kesejahteraan rakyat, ikhtiar khusus untuk orang muda, membudayakan pentadbiran berintegriti dan melaksanakan reformasi politik. Menyentuh mengenai kemajuan ekonomi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berpandangan telah disaksikan segala kemajuan, pembangunan […]

» Read more

Pembangunan Ekonomi Johor Terencat Disebabkan Pertukaran Kerajaan Selepas PRU-14

JOHOR BAHRU, 3 Mac – Pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengakibatkan berlakunya kerencatan terhadap pembangunan ekonomi Johor, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata banyak pelabur antarabangsa menangguhkan hasrat untuk melabur di negara ini termasuk Johor susulan keadaan politik yang tidak menentu dalam tempoh beberapa tahun ini, selain dilanda pandemik COVID-19. “Pembangunan […]

» Read more

Pelabuhan Batu Pahat Berpotensi Bangunkan Ekonomi Rakyat – Puad Zarkashi

RENGIT, 3 Mac – Pelabuhan Batu Pahat perlu dibangunkan sebagai sebuah platform perdagangan antarabangsa yang berjaya di rantau ini, menurut calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Jelasnya, apa yang disebut dalam Ikhtiar BN iaitu untuk mewujudkan pelabuhan untuk ‘barter trade’ di Batu Pahat sangat dialu-alukan. “Saya mengalu-alukan apa yang telah disebut […]

» Read more

Saya Sedia Berkhidmat Untuk Semua Di DUN Serom – Hjh Khairin Nisa

LEDANG, 3 Mac – Saya sedia berkhidmat untuk semua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom ini…Insya Allah apa yang Barisan Nasional (BN) tawarkan kepada rakyat Johor menerusi Ikhtiar BN Johor berasaskan lima teras memperlihatkan keseriusan untuk negeri dan rakyat, demikian kata-kata calon BN DUN Serom, Hjh Khairin Nisa Ismail. Beliau ketika ditemui semasa walkabout di Pengkalan Nelayan Parit Parit Karang […]

» Read more

Ikhtiar BN Terhasil Daripada Sebuah Keikhlasan Demi Masa Depan – Reezal Merican

PARIT YAANI, 3 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor yang bertemakan ‘Kestabilan Masa Depan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat bertepatan demi kesejahteraan rakyat. Jelasnya, Ikhtiar ini bersifat inklusif dan mencakupi semua aspek kehidupan serta mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. “Ikhtiar ini ada kuasa di luar ‘beyond […]

» Read more

Agro Makanan, Tingkatkan Ekonomi Dan Perkasakan Pendidikan Antara Azam Calon BN Pemanis

SEKIJANG, 3 Mac- Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis Anuar Abd Manap berazam untuk memberi tumpuan kepada beberapa aspek bagi masyarakat di kawasan berkenaan antaranya agro makanan dan bidang berkaitan ekonomi yang lain. Menurut beliau memandangkan DUN Pemanis berada di dalam daerah Segamat dan ianya berkaitan dengan daerah perladangan maka tumpuan ke  arah itu perlu diperkasakan […]

» Read more
1 13 14 15 16 17 41