Tanggungjawab Kita Kembalikan Kegemilangan BN – Zakaria

SIMPANG RENGGAM, 4 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah menjelaskan bahawa beliau sedikit pun tidak luntur semangat apabila tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini kerana semangat kesetiaan yang padu kepada parti melebihi kepentingan peribadinya dan apa yang penting adalah mengembalikan kegemilangan BN.
“Saya tidak sedikit pun luntur semangat bila tidak dicalonkan. Kita mempunyai satu pendekatan bahawa apa yang dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan BN. Hebatnya BN tidak pernah dipersoalkan dan dipertikaikan.

“Paling bimbang tentang soal sikap sebagai ahli dan pemimpin dan bagaimana hendak menguruskan masyarakat kerana ia menjadi sumbang kepada rakyat bahawa ingin berkerja dan memastikan kesempurnaan dan kesejahteraan rakyat itu menjadi pegangan setiap ahli dan pemimpin BN.

“BN Simpang Renggam tengah merangka satu gerak kerja bahawa setiap orang yang ada entiti mesti bergerak dan menjaga kepentingan rakyat setempat tanpa memilih kaum dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian yakin bahawa Simpang Renggam adalah kubu kuat BN dan boleh memenangi pada PRN Johor ini.

“Saya yakin di sini kubu kuat BN dan tiada isu mengatakan BN tidak boleh menang. Sebenarnya BN boleh menang dengan mudah apabila mengenepikan segala perkara yang boleh mengganggu urusan untuk menang.

“Di peringkat bahagian sudah selesai masalah dan BN di sini sudah bersatu padu dan seterusnya akan memberikan kepercayaan masyarakat kepada kepimpinan BN agar terus kukuh dan kuat, ” ujarnya. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.