Pelabuhan Batu Pahat Berpotensi Bangunkan Ekonomi Rakyat – Puad Zarkashi

RENGIT, 3 Mac – Pelabuhan Batu Pahat perlu dibangunkan sebagai sebuah platform perdagangan antarabangsa yang berjaya di rantau ini, menurut calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Jelasnya, apa yang disebut dalam Ikhtiar BN iaitu untuk mewujudkan pelabuhan untuk ‘barter trade’ di Batu Pahat sangat dialu-alukan.
“Saya mengalu-alukan apa yang telah disebut dalam manifesto BN iaitu untuk mewujudkan pelabuhan untuk ‘barter trade’ di Batu Pahat. Sebenarnya perkara ini sudah lama dirancang dan pelabuhan ini sebenarnya cukup berpotensi untuk membangunkan ekonomi khususnya di kawasan Batu Pahat.

“Saya yakin ianya boleh dilaksanakan serta menyeru para pengundi DUN Rengit serta seluruh Parlimen Batu Pahat dan rakyat Johor terus menyokong BN. Beri mandat sepenuh-penuhnya supaya pelabuhan ‘barter trade’ ini dapat dilaksanakan dengan segera.

“Ini adalah satu contoh keprihatinan kerajaan Negeri Johor dibawah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk membangunkan pelabuhan ‘barter trade’ ini yang sebelum ini pernah berlaku dan sudah lama serta mengharap segera dibangunkan,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengharapkan agar pelabuhan baharu Batu Pahat ini lengkap dan moden.

“Sebab itu dalam manifesto ikhtiar BN ini pelabuhan ini adalah pelabuhan yang lengkap dan moden. Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, menunaikan janji, amanah dan mempunyai idea yang besar untuk menjadikan Johor sebagai negeri pesaing utama kepada Singapura.

“Ini satu contoh bahawa BN menawarkan khidmat terbaik untuk rakyat Johor dan sebuah kerajaan yang menjalankan tugas dalam masa lima tahun untuk membangunkan Johor ini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.