Ikhtiar BN Terhasil Daripada Sebuah Keikhlasan Demi Masa Depan – Reezal Merican

PARIT YAANI, 3 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjelaskan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) Johor yang bertemakan ‘Kestabilan Masa Depan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor amat bertepatan demi kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, Ikhtiar ini bersifat inklusif dan mencakupi semua aspek kehidupan serta mampu dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Ikhtiar ini ada kuasa di luar ‘beyond his power’. Ikhtiar ini datang dari usaha yang terbit dari sebuah keikhlasan bukan hendak dibanggakan dengan penuh kemegahan dan keangkuhan sebaliknya apabila BN menang akan memerintah dengan sebaik-baiknya.

“Tapi kalau BN perintah akan ada usaha dan hati nurani yang ikhlas. BN akan ikhtiar demi lima perkara yang dibentangkan iaitu kestabilan, kesejahteraan rakyat dan semuanya yang digariskan itu termasuk juga anak muda.

“Saya fikir ini adalah satu bentuk ikhtiar manifestasi untuk anak-anak muda yang amat inklusif. Lebih penting rakyat hendak melihat pemimpin yang merungkapkan niat akujanji itu datang daripada hati yang ikhlas dan kesungguhan serta iltizam hendak melakukan dan disimpulkan di bawah nama ‘Ikhtiar’,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Turut hadir calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri.

Dalam pada itu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata, rakyat sudah muak dan jelak dengan sikap biadap yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang.

“Rakyat Johor juga sentiasa bersederhana dan mereka tidak suka orang menghina secara berlebih-lebihan.

“Jadi, saya rasa gunalah cara untuk cari kemuliaan sendiri dengan berkempen secara luhur dan baik,” katanya lagi lagi. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.