Saya Sedia Berkhidmat Untuk Semua Di DUN Serom – Hjh Khairin Nisa

LEDANG, 3 Mac – Saya sedia berkhidmat untuk semua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom ini…Insya Allah apa yang Barisan Nasional (BN) tawarkan kepada rakyat Johor menerusi Ikhtiar BN Johor berasaskan lima teras memperlihatkan keseriusan untuk negeri dan rakyat, demikian kata-kata calon BN DUN Serom, Hjh Khairin Nisa Ismail.

Beliau ketika ditemui semasa walkabout di Pengkalan Nelayan Parit Parit Karang seterusnya menambah BN tidak pernah menjanjikan apa yang tidak mampu dilaksanakan malah apa yang ditawarkan sejak sekian lama adalah satu perkara yang realistik dan boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.

“Lima hari berkempen menampakkan perkembangan yang cukup positif dan penerimaan masyarakat dilihat cukup baik. Mereka nampak yakin dengan BN.

“Kita buat tawaran sebagai contoh adalah satu perkara yang realistik. Malah ianya satu perkara yang menyeluruh dan ianya boleh dilaksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Menyentuh soal tumpuan di kawasan berkenaan, beliau melihat beberapa perkara akan diberikan perhatian sewajarnya antara lain kawasan nelayan di kawasan tersebut.

“Banyak perkara yang akan diberikan tumpuan nanti berkaitan soal ekonomi penduduk setempat, soal pendidikan, golongan muda dan pelbagai lapisan masyarakat yang lain.

“Cuma yang nampak di peringkat awal ini kita boleh bangunkan kawasan ini sepertimana hasrat masyarakat setempat. Kebetulan saya Pengerusi Koperasi Nelayan kawasan ini dan semalam mereka ada menyatakan hasrat untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan Eco Tourism.

“Insya-Allah kita akan melihat soal ini yang tentunya akan memberi manfaat yang terbaik untuk masyarakat di sini nanti,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.